suria

Berjurai air mata perajurit muda TUDM, berlari peluk along... Rupanya mak ayah dah tiada, abang kakak jadi tempat bermanja

Tangkap layar video menunjukkan Dikjoe berlari sambil menangis memeluk abangnya.

SETELAH kehilangan ibu bapa, tanggungjawab memikul beban keluarga kini terletak di bahu abang dan kakak.

Selain menjadi pengganti tempat mengadu, mereka juga berkorban masa dan tenaga demi menjaga kebajikan adik-beradik yang masih kecil.

Begitulah yang dilakukan Rosdan Razali, anak keempat daripada 10 adik-beradik itu setelah kematian bapa pada 2018 disusuli ibunya pada 2022.

Kasih dan sayang Rosdan terhadap ahli keluarganya menjadi buah mulut ramai selepas video menyentuh perasaan bersama adik bongsunya yang senang disapa Dikjoe tular di TikTok.

Momen si adik yang sedang menjalani latihan rekrut Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Akademi Tentera Udara (ATU) di Ipoh, Perak berlari untuk memeluk abangnya membuatkan ramai berlinangan air mata.

"Sepatutnya kami jumpa dia 27 Jun nanti. Tapi adik ada hubungi dan beritahu ada perubahan tarikh perjumpaan Hari Perajurit Muda bersama Keluarga iaitu pada 27 dan 28 Mei.

ARTIKEL BERKAITAN: Peluk murid lelaki dari belakang, raba alat sulit ketika sesi fotografi... jurufoto ditahan polis

ARTIKEL BERKAITAN: Geram adik umur 30 tahun malas kerja, hidup menempel dengan ibu... RM2 pun tak ada - “Ringan je tangan nak penampar”

"Saya sedang bekerja dan berada di Karak masa tahu perubahan tarikh. Masa tu dalam perjalanan balik ke Terengganu manakala adik-beradik yang lain berada di Kelantan menghadiri majlis perkahwinan sepupu.

"Pagi Ahad Dikjoe ada call lagi tanya sama ada kami datang atau tidak. Kami bagitahu yang akan ada orang datang cuma belum tahu siapa. Rasa serba salah dengar suara dia," ujarnya ketika dihubungi mStar.

Bercerita mengenai rancangan untuk melawat Dikjoe, Rosdan berkata abang sulung mereka serta beberapa adik-beradik lain memohon cuti demi adik bongsu tersayang.

Ahli keluarga Rosdan.

Memakan masa selama lima hingga ke enam jam perjalanan, mereka bergerak dari Kelantan ke Ipoh seawal pukul 4 pagi pada 28 Mei lalu.

"Pukul 4 pagi saya gerak ke Ipoh. Abang sulung pula bergerak dari Gua Musang ke Ipoh dan kami berjumpa di sana. Adik-beradik lain teruskan ke kenduri kahwin sepupu pada Ahad tu.

"Masa kami sampai adik tak cakap apa-apa, terus dia datang dan peluk abang sulung sambil menangis.

Macam ibu bapa orang lain juga, kedua-dua arwah orang tua kami pesanan supaya jaga sesama kami.

ROSDAN RAZALI

ABANG

"Mestilah Dikjoe menangis... perajurit juga manusia biasa. Dia tak sangka kami tetap datang walaupun pada mulanya masih belum pasti," katanya lagi.

Perkongsian video keakraban adik-beradik itu hingga kini meraih lebih 1.1 juta jumlah tontonan setelah dikongsikan Rosdan yang merupakan anak jati Kuala Berang, Terengganu.

Rata-rata netizen terharu melihat pengorbanan adik-beradik yang sanggup datang dari jauh untuk berjumpa dengan si bongsu.

Arwah ibu dan bapa Rosdan.

"Kami tetap nak datang sebab dialah satu-satunya adik bongsu kami. Apabila mak ayah dah tak ada ni, sebagai abang, kami akan cuba sebaik mungkin untuk dia.

"Macam ibu bapa orang lain juga, kedua-dua arwah orang tua kami bagi pesanan untuk jaga sesama kami. Tetaplah bersama walaupun sudah tiada mak ayah dan jangan lupa saling bantu membantu antara kami.

"Jadi sebagai abang dan kakak kepada Dikjoe, kami sentiasa cuba yang terbaik untuk dia supaya sentiasa merasa cukup. Alhamdulillah semua urusan kami pun dipermudahkan selama ni," ujarnya menutupi kisah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

@mstarmalaysia

Dapatkan bantuan Sazzy Falak mempromosikan perniagaan anda menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI)! Tonton video penuh dan klik untuk mendaftar sekarang di rhbjomsapot.my

♬ original sound - mStar Official
Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain