suria

“Kalau dekat Thailand, ini perempuan sedap” - Lagak samseng, cakap lucah! Ramai takut berdepan penghantar makanan macam lelaki ini

Seorang lelaki mengaku mengeluarkan kata-kata kurang sopan kepada seorang wanita.

BELUM reda isu nikah di Thailand, kini timbul pula gangguan seksual mengaitkan wanita dari negara Gajah Putih itu.

Namun insiden bukan berlaku di negara jiran, sebaliknya dialami seorang wanita warga Malaysia di negara ini.

Tular sebuah video menunjukkan seorang lelaki tempatan mengaku mengeluarkan kata-kata kurang sopan terhadap mangsa.

"Kalau dekat Thailand, ini perempuan sedap," demikian pengakuan berani lelaki tersebut sambil menghisap rokok di sebuah kedai makan.

Lelaki berkenaan dipercayai bertugas sebagai penghantar makanan berdasarkan pakaian seragam yang dipakainya dan beg pada motosikalnya.

Pengakuan tersebut dibuat selepas ditanya oleh individu yang merakam video tersebut, yang mendakwa dirinya sebagai teman lelaki mangsa.

"Itu saja, bukannya saya marah dia," kata penghantar makanan itu tanpa sedikit pun menunjukkan rasa bersalah apabila mengeluarkan kata-kata sedemikian kepada seorang wanita.

Penghantar makanan selamba menghisap rokok di premis makanan.

Penghantar makanan selamba menghisap rokok di premis makanan.

Sebaliknya, pelaku hanya memohon maaf atas keterlanjuran kata-katanya hanya kerana mangsa sudah mempunyai teman lelaki, bukan disebabkan kebiadabannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Mula-mula tenung punggung, kemudian tunjuk seluar dalam depan tandas... Pemuda kaki gim menggigil diganggu lelaki gila seks

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita dedah lecturer minta isi borang survey seks, kemudian ajak onani... rupanya dah 'buat kerja' dari 2011

Menerusi video berdurasi kira-kira seminit itu yang turut dimuat naik di laman Twitter, penghantar makanan itu tersentak apabila teman lelaki mangsa mahu membuat laporan polis.

"Panggillah polis, report la," balas lelaki berkenaan dengan angkuh sambil terus menghisap rokok di mana merokok di premis makanan juga merupakan satu kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) 2018.

Hantaran yang dibuat oleh seorang lelaki mendakwa dirinya sebagai teman lelaki mangsa.

Hantaran di Facebook oleh seorang lelaki mendakwa dirinya sebagai teman lelaki mangsa.

Sementara itu, menerusi satu hantaran di Facebook dipercayai milik teman lelaki mangsa, kekasihnya didakwa mengalami serangan panik akibat kejadian itu.

"Dia berkata demikian kepada teman wanita saya semasa dia berjalan di hadapannya. Dan apabila kekasih saya bersemuka dengannya, dia menyelar 'Kau apa hal? Ingat bagus sangat? Apa tengok-tengok?' dan kemudian menerjah ke arahnya.

"Ia membuatkan kekasih saya alami serangan panik," katanya.

Tolong la hormat dan respek wanita. Kalau anak perempuan dan isteri sendiri kena, mesti kau juga yang marah.

NETIZEN

Pada masa sama, teman lelaki mangsa turut mempersoalkan kewajaran syarikat platform e-dagang itu yang menggambil seseorang yang bersikap biadab seperti itu sebagai pekerja.

"Adakah orang seperti ini yang anda suka ambil bekerja? Pembuli dan samseng? Orang yang melakukan gangguan seksual?

"Saya ingin tahu jika ini adalah jenis masyarakat kita, di mana antara mereka yang menghantar makanan dan bungkusan kita setiap hari adalah mereka yang bersedia untuk menghina, mengganggu dan mengancam anda. Adakah anda rasa selamat?" katanya.

label perempuan sedap 4

Kejadian berlaku di sebuah kedai makan.

Setakat ini, video tersebut meraih lebih 350,000 tontonan dan membangkitkan kemarahan netizen.

"Jijik betul perangai jantan ni. Agaknya kalau hantar makanan kat rumah orang pun mata dia jahat macam ni la juga.

"Pakcik, mulut pakcik ni kan. Cakap lebih nanti kata biadab. Saya bagi peribahasa je lah 'rumah kata pergi kubur kata mari'. Ha faham tak?

"Tolong la hormat dan respek wanita, bukan cakap lucah macam tu. Kalau anak perempuan dan isteri sendiri kena, mesti kau juga yang marah," demikian antara komen netizen.

Sementara itu, hasil semakan mendapati tiada maklum balas syarikat penghantaran makanan tersebut berhubung video yang tular.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain