suria

Nak jimat punya hal, pengantin monyok tengok inai sticker comot! Saat akhir upah pelukis juga, dapat quotation terus setuju

Effa berjaya melukis inai baru selepas inai asal pada tangan pengantin perempuan berkenaan comot.

PEMAKAIAN inai sememangnya menjadi antara perkara yang 'wajib' dilakukan oleh setiap bakal pengantin untuk menaikkan seri pada hari bahagia.

Tersalah rekaan atau lukisan inai yang comot bukan sahaja mencacatkan penampilan, malah boleh merosakkan 'mood' pengantin dan menjadi kenangan pahit yang tidak akan dilupakan sepanjang hayat.

Begitulah juga dengan kisah yang dialami oleh seorang pengantin perempuan ini.

Gara-gara mahu menjimatkan kos, lukisan inainya tidak cantik dan comot kerana dilukis oleh seorang rakannya dengan hanya menggunakan pelekat inai (henna sticker).

Berkongsi cerita dengan mStar, pelukis inai, Effa Yahya berkata dia diminta oleh pengantin perempuan berkenaan untuk membetulkan kembali inai pada tangan dan kakinya beberapa jam sebelum majlis nikah.

ARTIKEL BERKAITAN: Konon nak jimat, pengantin gelabah 4 jam sebelum bersanding henna DIY tak menjadi! Suami engineer jadi penyelamat

ARTIKEL BERKAITAN: Bakal pengantin monyok fikirkan jari tak cantik masa nikah, sekali wali jadi penyelamat... saat akhir hadir pakaikan inai!

"Saya dapat number customer (pengantin) daripada grup henna (inai). Dalam grup tu beritahu ada seorang pengantin yang perlukan khidmat membetulkan inainya yang comot dan akan bernikah pada petang Jumaat.

"Kebetulan saya lapang, jadi saya WhastApp dia dan tanya serba sedikit. Dia hantar gambar kaki dan tangannya yang sudah dilukis inai. Saya bagi quotation dan dia pun setuju.

"Esoknya, pukul 7 pagi hari Jumaat tu saya terus bergerak ke rumah pengantin kerana dia bernikah selepas solat Jumaat.

"Mukanya ketika saya sampai tu sugul saja. Cerita pengantin itu, kawannya yang buatkan inai dan lukis guna sticker. Inai ini kalau salah teknik dan tak sesuai, ia jadi kembang... sebab tu hasilnya tak cantik," cerita wanita berusia 33 tahun ini.

inai 2

Effa sudah enam tahun berkecimpung sebagai pelukis inai.

Tambah Effa, menerusi penceritaan pengantin perempuan berkenaan, dia sudah menghubungi beberapa orang pelukis inai untuk membetulkan kembali inainya, namun hampa apabila permintaannya ditolak kerana kekangan masa serta ada yang tidak mahu mengambil risiko.

"Kasihan dekat pengantin... dia kata sampai tak lena tidur bila fikir lukisan inainya.

"Saya kebetulan berkelapangan, jadi apa salahnya saya cuba bantu. Saya pun pada mulanya risau juga, takut bila sapu krim khas tapi inai lama tak hilang. Nanti nampak macam 'double design'.

Wajah pengantin yang awalnya sugul pun bertukar ceria bila lihat hasil lukisan inai yang baharu.

EFFA YAHYA

PELUKIS INAI

"Sebab inainya baru lagi, jadi kalau pakai krim khas pun ia takkan hilang sepenuhnya. Alhamdulillah, ia pudar dan kelihatan samar-samar saja.

"Wajah pengantin yang awalnya sugul pun bertukar ceria bila lihat hasil lukisan inai yang baharu," ujarnya yang menetap di Skudai, Johor.

Berpengalaman enam tahun sebagai pelukis inai di sekitar Johor, Effa berkata insiden berkenaan adalah yang pertama kali dialaminya.

"Saya saja muat naik dekat TikTok untuk kongsi pengalaman dan dalam masa yang sama nak sampaikan mesej kepada para bakal pengantin.

inai 1

Antara rekaan inai yang menjadi pilihan pengantin.

"Tak sangka 'meletup' dan ramai puji cakap cantik. Saya sebelum ini hanya pelukis inai biasa-biasa saja, tak dikenali ramai pun. Tapi selepas viral, ramai yang WhatsApp untuk menempah slot berinai. Alhamdulillah rezeki anak-anak.

"Mesej saya kepada bakal pengantin, tak ada masalah kalau nak berjimat tapi berpada-pada. Kalau nak pakai sticker, gunalah inai yang sesuai.

"Kahwin hanya sekali jadi pasti kita nak abadikan kenangan manis... gambar pun akan cantik bila photographer rakam. Kalau bajet kurang, anda masih boleh gunakan khidmat pelukis inai dan mereka tetap beri yang terbaik sebagaimana bajet anda," ujar ibu kepada dua cahaya mata ini lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain