suria

Gadis berjaya buang fibroid selepas haid tak teratur, perut buncit! Lega cuma seketika, tak sampai sebulan disahkan kanser

Najihah mengalami masalah kitaran haid tidak teratur sebelum disahkan menghidap kanser.

MASALAH kitaran haid yang tidak teratur sering berlaku dalam kalangan gadis atau wanita.

Namun masih ramai kurang kesedaran bahawa masalah ini tidak boleh dibiarkan berpanjangan kerana ia mungkin petanda penyakit.

Begitulah yang terjadi kepada Najihah Zakri, 22, apabila dia mengalami perubahan kitaran haid sejak awal Mac sehingga Jun 2022.

Period tak teratur tu saya dah lama perasan cuma tak ada masa nak pergi hospital buat pemeriksaan sebab tengah sibuk belajar.

“Darah haid saya keluar empat hari saja selepas tu berhenti... dua hingga tiga hari barulah keluar pula. Kadang-kadang darah turun seperti keguguran dan berketul macam hati ayam. Saya dah mula syak ada benda tak normal waktu tu.

“Bila masuk pertengahan Mei, saya perasan perut bahagian bawah jadi buncit dan keras tapi tak sakit lagi masa tu. Saya tanya kawan-kawan pun mereka cakap mungkin angin atau sembelit,” dia membuka ceritanya ketika dihubungi mStar.

Menurut gadis yang sedang mengikuti pengajian di Universiti Teknologi Mara (UITM), Shah Alam, ini dia mengambil keputusan untuk berjumpa doktor di klinik pada 19 Jun 2022 setelah mengalami sakit perut selama dua minggu.

Katanya, setelah melakukan pemeriksaan ultrasound doktor mengesyaki dia mengalami masalah fibroid dalam rahim dan diminta untuk ke bahagian kecemasan di KPJ Seremban, Negeri Sembilan.

Bagaimanapun, dia yang menetap di Nilai, diarahkan untuk berjumpa doktor pakar setelah saiz fibroid semakin membesar.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu tunggal derita kanser ovari tabah besarkan 3 zuriat... Anak kedua terlantar akibat kemalangan, si bongsu hidap jantung berlubang

ARTIKEL BERKAITAN: Dua kali bedah, wanita hidap tumor sejak kecil terpaksa ketepi rasa malu demi sesuap nasi - “Kalau orang pandang buat tak tahu saja”

“Saya pun pergi jumpa pakar pada 20 Jun tapi doktor cakap mustahil fibroid sebesar tu sebab saya masih muda. Jadi saya diminta datang semula esoknya untuk lakukan CT scan. Lepas buat imbasan tu terus nampak ada tumor besar sampai tak nampak ovari dan rahim. Saya risau dan takut kena buang semua tu.

“Saya lagi sekali dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban, untuk lakukan pembedahan. Alhamdulillah pembedahan berjalan lancar. Cuma ovari belah kiri saja kena buang. Tumor tu bersaiz 20 sentimeter dan beratnya 2 kilogram. Patutlah perut nampak macam mengandung 24 minggu. Tumor tu punca perut saya sakit sebab darah tak jalan.

“Seminggu lepas operate saya kena jangkitan pula. Bangun dari katil macam biasa tiba-tiba cecair keluar dari bawah kesan jahitan. Saya ditahan di wad empat malam untuk buka jahitan tiga sentimeter tu,” imbas Najihah.

Hasil keputusan CT scan pada bahagian perut Najihah.

Pada 21 Julai 2022, dia menerima panggilan daripada doktor meminta dia hadir ke hospital bersama ibu dan bapa walaupun temujanji seterusnya adalah pada 28 Julai.

Dia kemudian dikejutkan dengan perkhabaran tidak baik apabila disahkan menghidap kanser ovari jenis germ cell (dysgerminoma).

Pihak hospital kemudian mengaturkan temujanji bagi mendapatkan rawatan susulan di Institut Kanser Negara (IKN) Putrajaya.

“Kanser yang saya hidap ni selalunya terjadi dekat orang muda dan remaja. Rasa nak putus asa juga bila dapat tahu. Saya rasa dunia ni tak adil sebab tengah sihat tiba-tiba sakit. Mental saya jadi ‘down’.

Pergi hospital pun banyak orang tua saja dan semua pandang pelik dekat saya paling muda dekat situ.

NAJIHAH

“Masa kena buat pembedahan dulu saya tengah sibuk dengan assignment dan test. Waktu rawatan kemoterapi pula saya dekat wad tengah final. Walaupun sedih tapi saya lega ada kawan-kawan banyak bantu.

“Pergi hospital pun banyak orang tua saja dan semua pandang pelik dekat saya paling muda dekat situ. Tapi sekarang saya dah boleh terima semua ni. Sekarang pun rawatan kemoterapi tinggal satu cycle saja lagi,” ujarnya lagi.

Berikutan video dimuat naik Najihah di TikTok yang meraih 1.4 juta tontonan, warga maya mula menghujani ruangan komen dengan soalan dan mendoakan kesembuhan gadis ini.

Najihah menerima rawatan kemoterapi di IKN Putrajaya.

Najihah berharap lebih ramai wanita di luar sana tidak memandang ringan mengenai kitaran haid yang tidak teratur.

Tambahnya, dia bersyukur dan gembira setelah video tersebut menjadi tular, lebih ramai golongan wanita di luar sana sedar dan beranikan diri untukmen dapatkan pemeriksaan doktor mengenai masalah sama dihadapinya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain