suria

Letak kriteria spesifik untuk calon suami, tinggi 170cm dengan BMI normal... gadis cari jodoh jadi perhatian!

Wanita mengimpikan lelaki tinggi dikecam.

BUKAN hanya dilabel sebagai ‘perigi cari timba’, tindakan seorang gadis mengiklankan dirinya bagi mencari pasangan turut dipersoalkan warganet selepas dia memperincikan ciri-ciri lelaki idaman.

Ia berikutan ketinggian yang dinyatakan adalah 170 sentimeter dengan BMI (Body Mass Index) normal selain beberapa ciri lain termasuk status kewangan yang stabil.

Berdasarkan tangkap layar ciapannya, gadis yang dipercayai berusia awal 20-an itu turut menjelaskan beberapa perkara tentang dirinya termasuk latar belakang pendidikan dan status pekerjaan.

Disebabkan itu, postingnya tular di beberapa platform media sosial termasuk Facebook dan TikTok sehingga mengundang pelbagai reaksi netizen.

Ia turut dikongsikan di laman Twitter oleh pemilik akaun bernama Rin dengan ciapan ringkas ‘Isu twtjodoh panas hingga ke FB (Facebook). Tapi satu komen ni yang paling menarik’.

Ciapan wanita cari jodoh tular di media sosial.

Ciapan wanita cari jodoh tular di media sosial.

Komen yang dinyatakan seorang individu itu bagaimanapun berunsurkan nasihat.

“Kita boleh tulis 1,001 apa yang kita nak dari bakal pasangan... tak salah pun. Tapi kebiasaannya kita jarang dapat apa yang kita nak.

“Allah akan bagi apa yang kita perlu. Kita sebenarnya malas atau jarang nak fikir tentang orang yang kita berkehendak tu suka atau tidak kepada kita.

“Kes paling buruk adalah kita hanyut dan delusional dengan bersandarkan pada apa yang kita hendak sahaja,” ujarnya menerusi ruangan komen di Facebook yang kemudiannya dikongsikan kembali di Twitter Rin.

Malah individu berkenaan turut menyatakan, jodoh seseorang itu adalah misteri.

Kita nak beli ikan pun pilih yang elok, lebih lagi nak pilih pasangan hidup.

NETIZEN

Oleh itu perlu perbanyakkan doa supaya mendapat jodoh sekufu dan baik serta tidak menzalimi.

Ciapan Rin itu kemudiannya diulang kicau lebih 7,000 pelayar media sosial.

Kebanyakan netizen menyokong tindakan gadis tersebut memperincikan lelaki idamannya kerana menyifatkan setiap orang berhak untuk memilih.

They all so mad for what? 170 for me is just the standard height? She's not asking for 180 something and she clearly wrote preferably aka kalau boleh.

ARTIKEL BERKAITAN: Macam ‘buy 1 free 1’! Dua sahabat dari Pantai Timur iklan diri mahu hidup bermadu, lelaki yang berminat boleh cuba nasib

ARTIKEL BERKAITAN: “Dah jumpa hero Tamil saya” - Wanita bertemu jodoh idaman ‘muka Hindustan, banyak bulu’ selepas setahun mencari di Twitter

“Dia berhak untuk memilih tapi people would not meet the criteria... bagi saya dia berhak untuk tulis apa pun sebab dia sepatutnya bersama dengan orang yang disukai. Dalam erti kata lain, betul juga Allah beri yang kita perlu, tapi kalau dapat yang kita nak, rezeki.

“Letak saja kriteria apa jenis orang kau nak pilih, tu hak kau sendiri janji jaga solat.

“Pada aku, biarlah dia sebab semua orang ada keinginan masing-masing. Tak perlu nak triggered sangat jika tak menepati ciri-ciri yang dia nak... dia cari jodoh untuk diri sendiri bukan orang lain dan kalau kau rasa tak menepati, tak payah!

Netizen menzahirkan pandangan masing-masing di ruangan komen.

Netizen menzahirkan pandangan masing-masing di ruangan komen.

“Bagi aku, kita boleh berkeinginan macam-macam tapi bila nak minta dengan Tuhan tu sentiasa minta yang terbaik menurut-Nya kerana dia tahu apa yang terbaik buat kita,” ujar beberapa netizen.

Bagaimanapun terdapat segelintir individu mempertikaikan ciri-ciri lelaki idaman yang dinyatakan gadis terbabit selain mentertawakannya kerana inginkan pasangan berdasarkan rupa dan fizikal.

“Haha perempuan tak sedar diri!

“Ada senarai kriteria pilihan bukanlah satu kesalahan. Kita nak beli ikan pun pilih yang elok, lebih lagi nak pilih pasangan hidup. Cuma, berpijaklah di bumi nyata, jangan kriteria tu terlalu tak realistik dan jangan pula nak kriteria yang terlalu banyak nanti susah nak jumpa.

“Itu sebab aku selalu fikir twtjodoh ni macam tak laku kalau nak cari jodoh tapi masih ramai yang cuba nasib... cuma satunya kalau kau tak dapat apa yang kau nak dari senarai tu, aku takut selama-lamanya aku takkan kahwin kot,” ujar beberapa netizen lagi.

Dalam pada itu, semakan mStar di laman Twitter mendapati, akaun gadis terbabit sudah tidak wujud atau tidak aktif.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain