suria

Kutuk orang tak tahu malu beraya guna duit KWSP, lelaki terima padah! Rupa-rupanya dah banyak kali keluar kenyataan provokatif

Posting seorang lelaki berunsurkan penghinaan tidak disenangi ramai.

PENGELUARAN khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sejak 18 April lalu sedikit-sebanyak menjadikan sambutan Syawal pencarum kali ini lebih bermakna.

Namun, apa yang tidak sedap didengar apabila segelintir pihak memperlekehkan pencarum KWSP dan melabelkan mereka sebagai 'tidak tahu malu' kerana meraikan Aidilfitri menggunakan wang berkenaan.

Di Facebook, posting berunsur penghinaan yang dibuat oleh seorang lelaki amat tidak disenangi netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Teruja permohonan pengeluaran khas KWSP ‘lulus’ dikongsi di media sosial? Masih ramai berharap status bertukar ‘hijau’

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai syok terima RM10,000! Ada kisah ‘sedih’ di sebalik wang pengeluaran khas KWSP, jangan jadikan bahan gurauan di Aidilfitri

"Korang tak malu ke beraya dengan duit KWSP," tulis lelaki itu menerusi group Facebook Riak Apa Hari Ini.

Di ruangan komen, netizen mengecam kebiadaban lelaki itu yang disifatkan tidak sensitif dengan nasib pencarum yang kurang berkemampuan.

Malah menurut beberapa pencarum, mereka tidak sepatutnya malu kerana wang berkenaan merupakan hasil titik peluh mereka sendiri.

"Duit kita, bukan kita curi pun. Hasil titik peluh kita. Kalau berhutang, duit ada tapi tak reti bayar tu baru boleh kata malu.

file7ksisv07qtstiuq9mdw

Segelintir pencarum dikatakan menggunakan wang pengeluaran khas KWSP untuk perbelanjaan sempena Aidilfitri. gambar hisan - foto BERNAMA.

"Itu hasil titik peluh aku selama ni. Kau tak malu ke bertanya? Tak ada duit KWSP kan?

"Yang malu bila acah-acah ewah tapi hutang sana sini. KWSP tu pun duit hasil titik peluh sendiri. Jadi syukur selalu.

"Nak malu buat apa. Bukannya kami beraya dengan duit bapa kau," demikian menurut beberapa komen netizen.

Korang tak malu ke beraya dengan duit KWSP?

PELAYAR FACEBOOK

Untuk rekod, pembayaran bagi pengeluaran khas KWSP sehingga RM10,000 dibuat bermula 18 April lalu.

Semakan mStar pada profil Facebook lelaki itu mendapati dia sering memuat naik soalan dan kenyataan berunsur provokatif yang menyentuh isu-isu sensitif.

"Kenapa bini orang lagi cantik dari bini aku ek? Pelik betul la.

raya6

Antara komen netizen .

"Patut ke saya bagi sampul kosong dekat budak-budak? Supaya mereka tahu hidup ni banyak kekecewaan dan tak semua dapat macam yang kita nak!

"Kalau kantoi bini dua, benda apa first kau akan cakap kat bini nombor satu?

"Menantu yang kerja kerajaan, makan atas meja. Yang kerja swasta, makan atas tikar," tulis lelaki itu menerusi beberapa posting.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain