suria

Gadis ini ‘ngam’ dengan 3 adik beradik tiri sebaya usia... belajar bersama, kerja sebumbung - “Kami dilahirkan empat mama berbeza”

Ayu bersama tiga orang adik beradik tirinya yang sebaya usia.

POLIGAMI sering dilihat sebagai sesuatu yang negatif terutama bagi golongan wanita yang tidak mampu untuk berkongsi kasih suami dengan individu lain.

Namun pandangan yang berbeza seringkali diberikan buat mereka yang ikhlas menerima situasi itu, selain anak-anak membesar bersama dalam keluarga yang mengamalkan poligami.

ARTIKEL BERKAITAN: Susah-susah siapkan ‘kek hidup’, pemuda selamba kunyah kepala burung - “Ada yang tak berkenan, tak lalu nak telan”

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis derita eczema hilang nikmat makan guna tangan! Jari mudah berdarah, kedut macam orang tua

Bagi Ayu Syaheera Zulkepli, 25, hidupnya, pasti akan sedikit sunyi tanpa kehadiran tiga adik beradiknya yang semuanya dilahirkan oleh ibu yang berbeza.

"Saya dengan adik saya beza sebulan sahaja sebab ayah saya berkahwin empat, kami empat beradik sebaya, sebab dilahirkan oleh empat mama yang berbeza.

"Mama saya mama yang kedua, saya dilahirkan pada bulan Oktober, kakak saya bulan Februari, dan dua lagi adik beradik lelaki pada bulan November," katanya, sambil menambah dia mempunyai 12 adik beradik secara keseluruhan.



Ayu, adik beradik tirinya bersama papa dan mama mereka.

Mesra dipanggil Ayu, wanita yang menetap di Pasir Tumbuh, Kelantan ini mengakui bahawa tiga lagi adik beradiknya ini umpama sahabat yang sentiasa ada dengannya sejak kecil lagi.

"Kami memang sekolah sekali, satu kelas, masuk UiTM pun sama-sama, duduk asrama sama, kami ambil jurusan yang sama iaitu Perakaunan, sekarang kami kerja pun di tempat yang sama iaitu di syarikat ayah sebagai auditor.

"Kalau keluar dating, orang lain dating dengan pakwe, kami dating dengan adik beradik sebab ada dua laki, dua perempuan.

"Setakat ni Alhamdullilah kami tak muak tengok muka lagi bila jumpa selalu memandangkan rumah kami tak sama," katanya.



Ayu (dua dari kiri) bersama adik beradik tirinya.

Jelasnya, hubungan mereka adik beradik bersama mama-mama yang lain juga cukup akrab.

"Kami tinggal di rumah berbeza, rumah mama pertama cuma selang dua rumah dari rumah kami, mama ketiga dengan keempat pula jarak dalam tiga minit je dari rumah kami.

"Kadang saya tidur rumah mama pertama, kadang anak mama pertama tidur rumah kami.

"Papa pula dia akan bergilir, hari ni rumah mama pertama, esok mama kedua, lusa mama ketiga dan seterusnya mama keempat," katanya, sambil menambah hubungan antara mama-mama yang lain juga sangat baik.



Bapa Ayu meluangkan masa mengajar mereka empat beradik.

Walaupun poligami ini bukanlah yang boleh diterima ramai pihak, bagi Ayu, adik adiknya ini menjadi tempat dia meluah perasaan serta berkongsi masalah.

"Boleh kata saya akan sunyi kalau tak ada adik beradik macam ni sebab bila lain mak ni, masing-masing ada macam-macam ragam, semua gila-gila dan tak ada yang jenis busuk hati, ayah pun layan adil je.

"Dekat pejabat pun kami saling hormat antara satu sama lain.

"Kadang-kadang adik beradik satu pejabat jadi orang ambil mudah dan tak hormat sangat, tapi kami sangat profesional dan Alhamdullilah kami selesa dan gembira kerja bersama," katanya, sambil menambah bapanya merupakan seorang akauntan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain