suria

Pernah ditanya nak hadiah apa sempena hari lahir, jawapan wanita ini memang win! Akhirnya si suami kena 'dera' beri makan haiwan peliharaan sebab takut tikus

Put bergaya bersama ular sawa bolanya, Daisy.

LAIN orang lain minatnya.

Ada yang suka kucing, ada yang minat bela ikan, namun wanita ini pula minatnya lebih terarah kepada haiwan yang berbisa, iaitu ular.

ARTIKEL BERKAITAN : Sejak kecil main tepung, mentega... kanak-kanak usia 8 tahun bergembira dahulu, tangguh seketika hasrat jadi cef kerana masih ‘takut api’

ARTIKEL BERKAITAN : Remaja OKU menitis air mata dapat tempahan pertama 10 batang ais krim, bangun jam 3 pagi terus solat tahajud

Gelagatnya bersama ular tersayang yang diberi nama Daisy ini sentiasa menarik perhatian warga maya yang "risau" melihat keakraban mereka.

"Tak berbisa ke sis?" soal seorang pengguna sosial media.

Bercakap kepada mStar, Puteri Nuzwir Ain Husna Mahtar, 25 yang membahasakan dirinya sebagai Put berkata, ular sawa bola atau Ball Python tersebut sebenarnya tidak berbahaya kepada manusia.

Menurut Put, ular kesayangannya yang diberi nama Daisy itu sangat jinak.

"Ular ni kita tidak boleh jangka sebab Put pernah beli beberapa ekor sebab ibu dengan adik bongsu pun suka ular jadi ada seekor yang beli untuk ibu tu ganas, dia suka patuk bila buka sangkar sampai kami terpaksa selotape mulut kemudian main-main dengan dia untuk bagi dia biasa, baru dia okay.

"Tapi yang tu dah hilang di rumah ibu sebab masa tu ibu konon-konon nak bonding dengan dia, tapi ibu tertidur, ular tu entah pergi lari ke mana," katanya yang menetap di Senawang, Negeri Sembilan.



Selain Daisy, Put ada membeli beberapa ekor ular lain untuk ibu dan adik bongsunya.

Daisy yang berusia hampir empat tahun dibeli daripada individu lain yang terpaksa melepaskan ular tersebut disebabkan kesibukannya bekerja.

Katanya, Daisy merupakan hadiah pemberian hari jadi daripada suaminya.

"Put beli Daisy daripada orang Seremban, masa tu umur ular tu setahun, orang tu terpaksa lepaskan sebab dia dah bekerja, jadi dia tak ada masa nak main dengan ular.

"Masa tu Put memang tengah cari ular, Put cari dekat Facebook, kebetulan boyfriend yang sekarang dah jadi suami Put tanya hari jadi nak hadiah apa, masa tu Put fikir "why not beli ular" sebab memang dah lama nak beli ular tapi sebab tak dapat sokongan partner jadi macam tak best nak beli.

"Jadi bila Put suarakan dekat dia, dia kata "banyak lagi benda lain boleh beli, jam ke emas ke, kenapa nak ular", tapi lepas pujuk-pujuk dia putus asa dan dia belikan," katanya yang bekerja sambilan menjual baja organik yang dihasilkan abang iparnya.



Daisy kini berusia hampir empat tahun.

Katanya, saiz ular ball phyton yang dibeli dengan harga RM300 itu tidak akan membesar sehingga mampu untuk membahayakan nyawa manusia.

"Ball python memang sesuai untuk dijadikan pet sebab dia tak ada bisa dan kalau kena patuk pun cuma luka je, tak ada sampai tahap memudaratkan.

"Saiz dia pun paling-paling dia pergi enam kaki, tapi dia akan gemuk.

"Yang kita tengok mat salleh bela besar-besar dalam rumah tu, itu jenis burmese, itu memang besar dan kemungkinan dia belit dan makan orang tu besar, tapi yang ni ia tak mampu belit atau makan orang," katanya.



Ular sawa bola ini dikatakan sesuai dijadikan haiwan peliharaan kerana saiznya yang tidak terlalu besar.

Put yang alah dengan binatang berbulu berkata, dia sentiasa tertarik dengan ular sejak kecil lagi.

"Waktu kecik-kecik saya suka kucing tapi bila main mata jadi merah, hidung selesema, maksudnya memang saya tak boleh dengan binatang berbulu.

"Kalau pergi zoo atau expo yang ada pameran ular, saya nak ular besar-besar tu diletakkan di bahu saya, lepas tu bergambar tapi kalau saya jumpa ular di luar saya tetap takut sebab tu bukan ular saya.

"Ramai orang takut mereka cakap orang yang main dengan ular ni nanti mati disebabkan ular, Insyallah tak lagi pun biarlah apa orang nak cakap," katanya.



Put bergambar dengan ular sewaktu menghadiri sebuah expo.

Walaupun berani dengan ular, Put bagaimanapun penggeli dengan makanan ular tersebut iaitu tikus.

"Memang sejak zaman bercinta sampai sekarang suami yang akan tolong beri makan ular, sebab tu mula-mula dulu saya tak beli ular sebab tak ada partner yang sokong jadi tak tahu macam mana nak bagi makan pada ular tapi bila dah jumpa suami dialah yang bagi makan," katanya, menambah dia memberi ular tersebut sekitar empat ekor tikus setiap dua minggu.



Suami Put menjadi "mangsa" yang perlu memberi makan Daisy setiap dua minggu.

Menurut Put, dia berhasrat untuk memelihara lebih banyak ular untuk dijual.

Katanya, harga ular tersebut boleh mencapai ribuan ringgit berbeza mengikut jenis dan corak yang ada pada badan ular tersebut.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
ular, haiwan peliharaan, tikus

Artikel Lain