suria

Alahai anak! Si kecil ini meraung halang ibunya masak ketam penawar Covid-19, dah sayang sangat ‘kawan’ baharu - “Tak nakkk, jangan potong”

Antara 14 ekor ketam yang dibeli bapanya, Aafiya memilih seekor daripadanya untuk dijadikan peneman.

KEBANYAKAN kita pasti pernah memiliki haiwan peliharaan tidak kiralah yang tua mahupun muda.

Bagi kanak-kanak ini pula, dia memilih seekor ketam untuk dijadikan sebagai penemannya di rumah.

Menerusi video yang dimuat naik di aplikasi TikTok, kanak-kanak itu dilihat tidak membenarkan sesiapa pun mengusik ketam yang dibeli oleh bapanya kerana mahu menjadikan haiwan itu sebagai kawan.

"Tak nakkk, jangan potong," katanya sambil meraung dan memegang erat sebekas ketam yang masih hidup.

Rakaman tersebut meraih hampir 700,000 tontonan dan ramai yang terhibur melihat gelagat anak kecil itu.

ARTIKEL BERKAITAN:Lelaki ini tunjuk reaksi ‘over teruja’ terima hadiah lukisan kanvas daripada makwe, ramai tersengih tengok video dikongsi - “Selalu saya lukis atas kertas je”

ARTIKEL BERKAITAN:Semak mata tengok sudu, garfu tak cuci... sekali muncul gah ‘burung besi’, harga paling kurang 4 angka – “Kalau ratus-ratus simpan dulu”

Menurut Norashikin Md Kikar, 30, kanak-kanak di dalam video tersebut adalah anaknya, Nur Aafiya Muhammad Fahmi yang berusia tiga tahun dan pada mulanya enggan melepaskan ketam itu untuk dimasak.

Wanita itu memberitahu, dia sekeluarga disahkan positif Covid-19 pada 27 Julai lalu dan membeli ketam tersebut untuk dimakan sebagai salah satu ikhtiar sewaktu menjalani kuarantin di rumah mereka di Flat Tanjung, Kota Damansara.

"Sebenarnya kami tengah berkuarantin di rumah sebab satu keluarga positif Covid-19. Beli ketam tu untuk buat sup sebab orang bagi petua merawat Covid-19, tak sangka pulak anak boleh suka.

"Kami beli 14 ekor untuk masak maggi ketam dan juga sup. Aafiya akhirnya bagi masak tapi ada seekor sahaja yang dia tak bagi kami siang sebab nak buat 'kawan'.

"Awal pagi lagi dia main dengan ketam, ayahnya minta nak siang untuk masak tengah hari tu pun tak dapat. Jadi saya tak bolehlah masak dia punya ketam kerana dah terlalu sayang.

IMG_5621

Shikin (kanan) terpaksa membiarkan Aafiya 'berkawan' dengan seekor ketam.

"Dia bawa ketam itu main gelongsor dan buaian. Sampai mandi pun bertemankan ketam juga, nasib baiklah belum pernah kena kepit," ujarnya yang bekerja sebagai eksekutif di sebuah kilang yang terletak di Sungai Buloh.

Tambahnya, Aafiya bukan sahaja berani menjadikan ketam sebagai peneman, malah dia juga berani mendekati haiwan lain apabila pulang ke kampung halaman.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Ibunya yang mesra disapa Shikin berkata, Aafiya memang sangat sukakan haiwan.

"Aafiya memang sukakan binatang, kalau balik kampung tu habis angsa dan kambing semua dia kejar. Buat masa ni belum ada lagi binatang yang dia takut, semuanya dia suka.

"Kalau masa cuti kat rumah pula, dia suka main hamster, bagi kucing makan dan kalau tengok video pun pasal haiwan

"Dia memang anak yang sangat berani, kita mungkin akan takut atau geli dengan sesetengah haiwan tetapi tidak bagi Aaafiya. Dia boleh pegang angsa macam tu sahaja, kalau kita yang dewasa ni mesti dah lari dulu.

Pesanan saya kepada para ibu bapa di luar sana, jangan sesekali menghalang perkembangan anak.

NORASHIKIN MD KIKAR

"Aafiya pernah naik kuda seorang diri dengan bantuan orang yang mengawal haiwan tersebut. Pernah juga saya pergi kedai hardware dan dia panjat tangga yang boleh dilipat tu," katanya yang berasal dari Parit Bugis, Muar Johor.

Seperti ibu bapa yang lain, Shikin juga sering melayan segala kerenah anak tunggalnya yang suka mencuba pelbagai aktiviti baharu.

Dia berpesan agar ibu bapa diluar mengalakkan anak-anak melalukan perkara yang diminati untuk perkembangan minda mereka

"Kalau ada masa lapang biasanya saya melayan dia main masak-masak atau apa sahaja permainan yang Aafiya minat. Anak saya ni paling sukalah bermain dengan alat solek.

IMG_5622

Aafiya seorang yang sangat berani dan sukakan haiwan.

"InsyaAllah kalau ada keizinan, saya tunggu kelab kuda buka dan akan mendaftarkan Aafiya untuk masuk ke kelab menunggang kuda.

"Pesanan saya kepada para ibu bapa di luar sana, jangan sesekali menghalang perkembangan anak. Kita perlu menggalakkan anak-anak lakukan apa yang mereka minat dan berikan perhatian selagi ia tak membahayakan nyawa," katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain