suria

Ada lagi ‘kaki kayuh’ tak peduli peraturan, selamba berbasikal di Pintasan Saloma undang bahaya - “Geng macam ni patut kena kompaun RM10,000”

Berbasikal di Pintasan Saloma mengundang bahaya terutama kepada pejalan kaki. foto FB/ MUHAMAD SHAHRIL ROSLI/The Star

AKTIVITI sukan dan reaksi yang tidak bersentuhan seperti berbasikal dibenarkan selagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Sejak kebelakangan ini aktiviti berbasikal menjadi trend baharu rakyat Malaysia, dengan ibu kota Kuala Lumpur menjadi salah satu laluan untuk melakukan aktiviti rekreasi itu.

Antara laluan yang menjadi tarikan di ibu negara sudah pasti jambatan pejalan kaki Pintasan Saloma atau Saloma Link yang menghubungkan Jalan Saloma berdekatan Menara Kembar Petronas (KLCC) dan Kampung Baru.

ARTIKEL BERKAITAN: Lagi rider 'kebal' dikesan berbasikal tengah jalan, hanya sehari selepas pengayuh wanita maut dirempuh lori - "Terkejut tengok"

ARTIKEL BERKAITAN: "Jangan jadikan sukan basikal jenayah dan bahayakan orang lain" - Selebriti 'kaki kayuh' sokong larangan masuk highway

Pintasan Saloma menjadi salah satu tarikan di Kuala Lumpur, juga sebagai lokasi fotografi berikutan pemandangan indah dan berwarna-warni terutama pada waktu malam.



Pintasan Saloma menghubungkan Kampung Baru dan Jalan Saloma dekat KLCC. foto FAIHAN GHANI/The Star

Namun, sudah namanya jambatan pejalan kaki, maka laluan tersebut hanya membenarkan orang ramai lalu di kawasan itu dengan berjalan kaki.

Malah, terdapat papan tanda peringatan yang melarang aktiviti menunggang basikal, sebaliknya penunggang boleh menuntun basikal di sepanjang laluan itu.

Undang-undang dan peraturan yang tertulis adalah untuk dipatuhi, bukan hanya sekadar hiasan dan diabaikan. Perangai dan sikap orang Malaysia perlulah berubah

NETIZEN

Menerusi beberapa foto yang tular di media sosial, beberapa individu dapat dilihat bersikap tidak bertanggungjawab dengan berbasikal merentasi Pintasan Saloma.

"Kau faham tak orang nak turun, kemudian kau naik basikal. Bodoh kan? Memang geng basikal tiada common sense ke?

"Aku tak cakap semua tapi segelintir benak juga. Awas," tulis seorang individu menerusi salah satu gambar yang tular.



Luahan mengenai aktiviti berbasikal dekat Pintasan Saloma.

Malah, ciapan Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) di laman Twitter rasminya sebelum ini turut menekankan bahawa aktiviti berbasikal di Pintasan Saloma boleh membahayakan keselamatan pejalan kaki.

"Di Pintasan Saloma tidak boleh menunggang basikal kerana ia mungkin boleh membahayakan keselamatan buat pejalan kaki. Sebaliknya anda hanya perlu menolak atau menuntun basikal sahaja demi keselamatan pengguna yang lain," katanya.

Rata-rata netizen turut mengecam tindakan segelintir individu yang tidak peka dengan larangan yang ditetapkan, selain mahu mengundang bahaya.

"Undang-undang dan peraturan yang tertulis adalah untuk dipatuhi, bukan hanya sekadar hiasan dan diabaikan. Perangai dan sikap orang Malaysia perlulah berubah," tulis seorang netizen.

"Bila pergi overseas (luar negara) tahu pula ikut peraturan, tapi di negara sendiri buat bodoh je dengan peraturan di depan mata, ” tambahnya.



Larangan menunggang basikal di Pintasan Saloma.

"Pasal mereka inilah orang pandang hina kat semua penunggang basikal. Harap geng-geng basikal cari mereka ni kecam secara berjemaah,” kata seorang lagi dengan nada kesal.

"Tak cukup kat jalan raya buat hal, kat kaki lima pula buat hal," ujar yang lain berikutan sebelum ini aktiviti berbasikal di jalan raya boleh mengundang bahaya.

"Geng macam ni yang patut kena 10k (RM10,000). Sah-sah la banyak duit, basikal mahal-mahal. Saja langgar peraturan," komen seorang lagi yang merujuk kepada nilai kompaun sekiranya terdapat pelanggaran peraturan dengan berbasikal di Pintasan Saloma.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my

Artikel Berkaitan

Artikel Lain