suria

7 sekeluarga lafaz syahadah depan Ustaz Ebit selepas selalu tengok video di FB, anak-anak mahu jadi jutawan! - “Semoga kaya raya dunia akhirat”

Tujuh sekeluarga berbangsa Cina dari Medan Gopeng, Ipoh memeluk Islam ketika dikunjungi oleh Ustaz Ebit, baru-baru ini. Foto: Facebook Ebit Lew

SIAPA yang tidak kenal dengan insan yang bernama Ustaz Ebit Lew?

Figura ini dikagumi seluruh rakyat Malaysia kerana pendekatan dakwahnya menerusi kerja-kerja kebajikan tanpa mengira kaum dan agama.

Justeru tidak hairanlah, Ustaz Ebit yang digelar 'wira' oleh kebanyakan orang dipilih sebagai penerima Anugerah Khas sempena Hari Belia Negara pada Ogos lalu, dan juga Anugerah Wira AME2020 (Anugerah MeleTOP) baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: “Segan, saya ni biasa-biasa je” - Ebit Lew duduk semeja bersama PM selepas terima Anugerah Khas sempena Hari Belia Negara 2020

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas kecoh beli lori tangki air di Selangor, Ebit Lew upgrade misi bantuan buat frontliners di Sabah... siap sewa pesawat! - “Sebak dada, berkaca bola mata ku bila baca post ini”

Dikenali ramai kerana sifat dermawan dan tidak lokek menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan, pendakwah bebas ini sekali lagi mencuri tumpuan apabila membantu tujuh sekeluarga berbangsa Cina memeluk Islam.

Menerusi perkongsiannya di Facebook, Ustaz Ebit memaklumkan peristiwa itu berlaku ketika dia berkunjung ke sebuah gerai buah-buahan yang terletak di Medan Gopeng, Ipoh pada Selasa.



Tujuh sekeluarga ini memeluk Islam ketika dikunjungi oleh Ustaz Ebit.

"Sebak sayu ziarah sekeluarga Chinese peniaga buah di Medan Gopeng memeluk Islam. Tujuh orang semuanya mengucap syahadah. Sampai je semua anaknya rakam video saya sepanjang di situ.

"Rupanya setiap hari mak dan anak ini melihat video saya di Facebook. Selalu menangis tengok orang susah. Hati mereka teringin sangat nak masuk Islam. Anaknya semua ingin jadi jutawan boleh bantu ramai orang," katanya.

Untuk rekod, ini bukan kali pertama Ustaz Ebit membantu mereka yang berminat untuk memeluk Islam selepas tertarik dengan kerja kebajikan yang dilakukan.

Rupanya setiap hari mak dan anak ini melihat video saya di Facebook. Selalu menangis tengok orang susah. Hati mereka teringin sangat nak masuk Islam.

USTAZ EBIT LEW

PENDAKWAH BEBAS

Tambah Ustaz Ebit, dia turut kagum dengan anak-anak kepada pasangan tersebut yang bukan sahaja rajin dan bijak, malah bercita-cita mahu membantu golongan memerlukan sebagaimana yang dilakukannya ketika ini.

"Anak 11 tahun kata, ustaz beri saya nasihat saya nak jadi macam ustaz. Nak jadi hero. Doakan saya ye. Nak ambil gambar dengan ustaz. Ulang kali dia mintak nak bergambar.

"Saya kagum lihat kerajinan mak ayah. Anaknya semua rajin. Yang 11 tahun. Yang tujuh tahun semua pandai kira. Saya beli buah. Semua ambil dan boleh kira congak je. Kakak bantu jaga adik-adik. Hebat mak ayah ini," tulisnya lagi.

Gembira dipertemukan dengan keluarga tersebut, Ustaz Ebit turut menghadiahkan basikal kepada anak-anak pasangan berkenaan yang sebelum ini berkeinginan mahu memilikinya.



Ustaz Ebit turut menghadiahkan basikal buat anak-anak pasangan berkenaan.

"Doakan perniagaan buah abang dengan kakak ini maju dan berkat. Jemput siapa nak beli buah. Borong dekat abang dan kakak ini. Semoga kaya raya dunia akhirat," tulisnya lagi.

Sehingga kini posting Ustaz Ebit meraih 1,700 shares selain dibanjiri ribuan komen netizen yang turut sama gembira di atas penghijrahan keluarga berkenaan.

"MasyaAllah Tabarakallah. Tahniah untuk mereka semua. Ya Allah, kurniakanlah segala kebaikan dan keberkatan buat keluarga ini dan Ustaz Ebit Lew," tulis seorang netizen.

"Menitik air mata tak tahu kenapa... sebak dengan pengorbanan dan usaha ustaz asbab orang bukan Islam kembali kepada fitrah," komen seorang netizen lain.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my

Artikel Berkaitan

Artikel Lain