suria

Berhijab bukan halangan! Dah lama minat anime, gadis cosplay guna tudung ganti rambut

Miisa berjinak-jinak dengan hobi ini sejak empat tahun lalu.

MINAT mendalam terhadap anime sejak kecil memberi ilham kepada gadis ini untuk bergelar sebagai pemain cosplay.

Lebih menarik, Amalina atau lebih mesra disapa Miisa merupakan pemain cosplay berhijab yang mula berjinak-jinak dengan aktiviti itu sejak empat tahun lalu.

Bercerita kepada mStar, dia yang berusia 24 tahun hanya bermula secara sendirian sebelum mula mengenali rakan-rakan dalam komuniti berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Tudung tak sama warna rambut, Sailor Moon muslimah dikritik tak buat kaji selidik

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh Power Rangers masuk ofis! Pemuda tabah hiburkan orang ramai... sering simpan duka, masalah sendiri di sebalik kostum

"Cosplay ni merupakan hobi masa lapang saya. Dulu suka tengok anime, kemudiannya saya suka mekap. Saya tertarik tengok orang berpakaian seperti watak anime.

"Dari situ saya tahu wujudnya fesyen cosplay. Saya mula sendirian. Lepas tu baru tahu ada komuniti cosplay di Malaysia.

"Dari situ saya ada sertai event sehinggalah memiliki dalam 24 pasang kostum cosplay," ujarnya.

Antara watak anime yang berjaya 'dihidupkan' oleh Miisa.

Menetap di Perlis, Miisa berkata hijab bukanlah halangan untuk dia menyertai aktiviti itu.

Malah katanya, dia menggunakan kreativiti seperti menggantikan rambut dengan penggunaan hijab pelbagai warna, sesuai dengan karakter asal dan dirinya sendiri.

"Rasa seronok bila sertai cosplay, kita dapat jadi watak dalam anime tu. Dari segi fesyen dan kostum, ada yang senang dan ada yang susah.

Antara kebaikan lain kita boleh belajar bahasa Jepun serta mendalami budaya mereka.

MIISA

"Biasanya saya beli online dari China. Mekap pula buat sendiri, biasanya minimum dalam sejam.

"Nak buat rambut dengan menggunakan tudung tu pun ada yang senang, ada yang susah... bergantung kepada gaya," jelasnya lagi.

Menurut Miisa, hobi cosplay bukanlah satu perbuatan yang sia-sia memandangkan ia juga boleh menjana pendapatan buatnya.

Miisa menghasilkan mekap sendiri manakala kostum dibeli secara dalam talian.

"Ada juga yang kritik tapi saya tak peduli sebab ia hobi sendiri. Kita buktikan pada mereka, hobi ni pun bukan sekadar buang masa dan duit.

"Saya pernah jadi jemputan untuk event, dijemput jadi juri dan dapat sponsor. Saya juga pernah dapat jemputan dari Indonesia, tapi saya tak pergi.

"Antara kebaikan lain kita boleh belajar bahasa Jepun serta mendalami budaya mereka," ujarnya lagi.

Selain aktif berkongsi aktviti cosplay di Instagram, dia juga ada memuat naik video di TikTok.

Antara karakter yang pernah 'dihidupkan' oleh Miisa menerusi hobi itu termasuklah Nezuko Kamado dari anime Demon Slayer, Ino Yamanaka (Naruto Shippuden) dan Kanna Kamui dari siri Miss Kobayashi's Dragon Maid.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain