suria

Awas! Taktik ah long makin menjadi-jadi, pinjam RM150 tapi bayar RM750... paling gila contact dalam handphone si peminjam kena settle hutang

Antara taktik baharu ah long untuk mendapatkan semula wang yang dipinjam.

TREND kehilangan pekerjaan di negara ini akibat pandemik Covid-19 semakin membimbangkan.

Situasi itu menyebabkan ramai hilang punca pendapatan sehingga ada yang terpaksa meminjam wang daripada ceti haram atau ah long tanpa memikirkan kesannya di kemudian hari.

Terbaharu, Mohd Fadli Salleh yang juga aktivis masyarakat dikenali ramai berkongsi taktik baharu yang digunakan ah long selepas dimaklumkan peminjam mengenai derita yang dilalui mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Angkara Covid-19 pasangan ini tak mampu bayar sewa rumah, sampaikan minta izin ibu tinggal di bangunan terbiar dekat tanah pusaka... - “Sebenarnya ummi yang keluar modal”

ARTIKEL BERKAITAN: “Rindu bunyi piano, haruman lemon” - Gembira saat ‘dilamar’, jodoh dengan syarikat penerbangan hanya bertahan 3 tahun... pengumuman terakhir undang sebak

"Taktik ah long mula berubah! Tolong jangan terperangkap. Ramai dah terkena, ramai datang jumpa aku cerita betapa deritanya kena perangkap ini.

"Pinjam RM150, dalam masa sebulan sahaja kena bayar balik RM750. Sebulan beb naik berganda-ganda. Lebih memalukan, video kita membuat pinjaman tersebar merata-rata. Malu tak usah cerita," katanya dalam satu perkongsian di Facebook.



Iklan ceti haram ini dapat kita lihat dimana-mana sahaja.

Menurut guru di sebuah sekolah rendah di Gombak itu, pinjaman tersebut memang mudah diluluskan tanpa mengira sejarah latar belakang kewangan seseorang.

"Tak kisah la kau tak ada kerja ke, kau blacklist ke. Syarat utama kena download aplikasi pinjaman, pegang IC dan rakam video membuat pengakuan yang kita meminjam dengan syarikat tersebut.

Mereka save nombor aku, automatik syarikat akan hantar kat aku juga. Siap ah long tu suruh aku bayar.

MOHD FADLI SALLEH

Aktivis masyarakat

"Dalam masa dua jam pinjaman akan diluluskan. Contohnya kau pinjam RM300, namun yang diluluskan hanya RM150. Tapi sebaik sahaja duit dipindahkan, data dalam aplikasi akan tulis RM300.

"Serta merta kena bunga 100 peratus. Seminggu selepas itu jika tidak bayar, kena denda RM100. Jika belum bayar juga, denda naik RM195. Selepas itu kenaikan RM50 setiap minggu," katanya.

Lebih menakutkan, beliau berkata dalam masa sebulan sahaja jumlah pinjaman terkumpul ialah RM750.



Aplikasi pinjaman yang boleh diperolehi menerusi Google Apps Store dan juga Apple Apps Store.

"Pinjam RM150, kena bayar RM750. Tidak cukup dengan tu, video rakaman peminjam akan disebarkan kat semua kenalan dalam contact nombor phone kita.

"Aplikasi yang dibuat oleh syarikat peminjam membenarkan aplikasi tersebut menceroboh semua data dalam telefon kita. Semua contact nombor yang ada dalam phone kita dapat kat mereka.

"Maka video kita akan disebarkan kepada semua orang. Dan ah long akan minta setiap kenalan dalam phone kita bayar hutang kawan tu. Perghh, gila kan?," soalnya.

Malah Mohd Fadli turut mendedahkan ada menerima dua video individu yang pernah dibantunya daripada ceti haram ini.

"Mereka save nombor aku, automatik syarikat akan hantar kat aku juga. Siap along tu suruh aku bayar.



Cikgu Fadli (empat dari kiri) berkongsi modus operasi terbaharu ah long di Facebook miliknya.

"Memang tak de la aku nak bayar. Orang lain yang pinjam aku yang kena bayar apa hal? Terus aku block nombor ah long tu," katanya.

Justeru beliau mengingatkan orang ramai supaya tidak terjebak dengan pinjaman wang daripada ah long.

"Hati-hati lah semua. Tolong rancang perbelanjaan kalian. Jangan sampai terjebak dengan pinjaman wang begini. Ia menjerat hidup kalian.

"Pinjam RM150 dalam masa sebulan kena bayar RM750. Kalau pinjam RM1,500 kena bayar RM7,500 la kot. Gila betul. Hati-hati sebelum terkena.

"Bila dah terperangkap begini, menyesal pun tiada guna. Lagi pun hutang dengan ah long ini merupakan riba yang jelas. Riba ini diharamkan dalam Islam. Jadi jauhilah," tulisnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain