suria

Foto kru kabin dukung bayi viral ketika ramai singkap memori bersama MAS, anak dedah sisi penyayang bapa - “Kat luar pun macam tu, suka layan cucu”

Aksi kru kabin Malaysia Airlines, Nyak Zurimin Nyak Ibrahim yang mendukung anak perempuan Tengku Zahaslan pada tahun 2017 tular di Twitter sejak Khamis.

TULAR di Twitter apabila ramai netizen berkongsi pengalaman manis mereka sepanjang menjadi penumpang syarikat penerbangan Malaysia Airlines.

Antara yang mencuri perhatian tentunya foto seorang kru kabin, Nyak Zurimin Nyak Ibrahim, 46, yang sedang mendukung bayi perempuan berusia tujuh bulan.

Menurut bapa kepada bayi itu yang dikenali sebagai Tengku Zahaslan, foto berkenaan dirakam pada tahun 2017 sewaktu dia sekeluarga dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuching, Sarawak.

ARTIKEL BERKAITAN: Kru kabin akur sesi photoshoot ‘dicaras’, ada model lebih comel ambil alih studio - “Set tu macam dia punya”

ARTIKEL BERKAITAN: Tak cukup ajak tumpang rumah, bakal pilot terkejut lihat usaha gigih sahabat berbeza bangsa 10 minit menjelang azan Maghrib

Bercerita kepada mStar, dia mengakui terpanggil untuk berkongsi pengalaman berkenaan yang dianggap cukup istimewa buat dirinya..

"Saya rasa ia sangat bermakna. Apabila tengok semula gambar itu, saya teringat kenapa saya berbuat demikian. Bila lihat detik itu, saya rasa inilah maksud sebenar Malaysian Hospitality.

"Sebenarnya pada waktu itu, setiap kali dia (Nyak Zurimin) lalu, dia akan berinteraksi dengan anak saya. Dia tengok dan agah.

Tengku Zahaslan sekeluarga.

"Selepas selesai penumpang makan, mungkin dia agak berkelapangan, dia duduk dan bermain dengan anak saya beberapa minit," ujar bapa kepada dua cahaya mata itu.

Ujarnya lagi, dia yang sememangnya kerap menaiki penerbnagan Malaysia Airlines turut berharap agar syarikat itu terus teguh berdiri dan berterusan memberikan perkhidmatan terbaik buat semua pelanggan.

Dalam pada itu, anak kepada kru kabin berkenaan, Nyak Allyssa Natalia Binti Nyak Zurimin, 20, turut memberi respons kepada foto throwback yang dikongsi Tengku Zahaslan di Twitter.

Selain bapa, ibu dan kakak saya juga merupakan kru kabin.

NYAK ALLYSSA NATALIA NYAK ZURIMIN

Menerusi temubual bersama mStar, dia mengakui terharu apabila perkhidmatan bapanya yang sudah 24 tahun berkhidmat bersama Malaysia Airlines menerima pujian ramai netizen.

"Kawan kepada kakak saya yang nampak tweet itu, kemudian dia kongsikan dalam WhatsApp. Saya tengok banyak respons positif di Twitter.

"Bapa saya juga tak sangka gambar lama itu viral. Sebab dia pun tak ada Twitter. Dekat luar pun ayah macam tu, dia suka layan cucu.

Ibu bapa Lisa merupakan kru kabin Malaysia Airlines.

"Selain bapa, ibu dan kakak saya juga merupakan kru kabin. Saya berterima kasih kepada mereka yang berikan kata-kata positif buat ayah saya," ujarnya.

Dalam pada itu, dia yang mesra disapa Lisa turut menyimpan pelbagai kenangan manis bersama syarikat penerbangan itu.

"Kenangan manis tu banyak tapi selalu ikut ibu saya pergi flight, bila dah masuk flight tu rasa semua macam family.

"Vibes rasa macam nak ikut ibu saya setiap kali dia pergi bertugas. Hubungan antara kru juga sangat rapat," ujarnya lagi.

Di Twitter, foto itu sehingga kini menerima hampir 8,000 ulang kicau (Retweet).

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain