suria

“Dah pasang semua nampak lagi teruk” - Pelajar jadi Shrek depan cermin ajaib, masih ‘membantu’ masa sikat rambut

Cermin yang dibeli Zahir memaparkan refleksi aneh wajahnya sehingga ia tular di Twitter.

PENANTIAN dua minggu seorang pelajar yang membuat tempahan 12 keping cermin secara dalam talian berakhir dengan kejadian yang melucukan.

Menurut Muhammad Zahirrudin Baharin, 22, dia terkejut melihat refleksi wajahnya dalam cermin itu setelah ia dihantar pada Isnin lalu.

Mesra disapa Zahir, dia mengakui terhibur melihat wajahnya yang tiba-tiba berubah menjadi senget sehingga menyifatkan dirinya kelihatan seperti karakter animasi Shrek.

ARTIKEL BERKAITAN: Lucu Bila Tempah Jack Kereta, Tapi Terima...

ARTIKEL BERKAITAN; Pelanggan batal tempahan, tauke doorgift bingung ratusan pek kacang tersadai tak bertuan - “Dia setuju burn je deposit”

"Saya order dari China, dua minggu order dan akhirnya sampai pada Isnin. Sebenarnya saya nampak video dekorasi di TikTok, jadi saya cari untuk beli secara online.

"Kononnya nak buat dekorasi bilik tidur. Masa sampai tu, saya cuba tilik sekeping sahaja, nampak lain macam. Saya kata tak apalah, cuba susun dan lekatkan semuanya di dinding.

Cermin yang dibeli oleh Zahir.

"Dah pasang semua nampak lagi teruk. Jadi saya post di WhatsApp. Kemudian kawan post di Twitter sampai viral," ujarnya kepada mStar.

Mesra disapa Zahir, dia mengakui terkejut apabila posting mengenainya menerima lebih 52,000 ulang kicau (Retweet) di Twitter.

Malah, ada sebilangan netizen yang turut berjenaka menyamakan wajahnya dalam refleksi cermin itu dengan bintang YouTube terkenal Kelantan, Yoe Parey.

Masa sampai tu, saya cuba tilik sekeping sahaja, nampak lain macam. Saya kata tak apalah.

MUHAMMAD ZAHIRRUDIN BAHARIN

PELAJAR

Kata Zahir, dia tidak kisah dilemparkan dengan pelbagai komen, malah dia juga bersyukur kerana tidak menerima sebarang kecaman.

"Saya rasa terhibur, macam-macam orang komen. Ada yang kata macam Yoe Parey. Saya pun tak kisah sangat. Pasal cermin tu pula, harga pun RM0.61 sekeping.

"Kebanyakan komen pun kata terhibur, tak ada yang kecam, saya pun OK je. Cuma terkejut sikitlah.

Zahir bersama teman wanitanya.

"Lepas viral, kakak dan abang saya pun cuba tilik wajah mereka di cermin tu," ujarnya yang menetap di Seremban, Negeri Sembilan.

Bercerita mengenai dirinya, Zahir merupakan pelajar bidang pemasaran di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam, Selangor.

Tambah anak kelima daripada enam beradik itu, dia juga mahu cermin berkenaan kekal di biliknya agar ia terus menjadi kenangan.

"Saya tak buang, saya biarkan je di dinding. Tak apalah, sebab ia masih boleh digunakan.

"Sekurang-kurangnya bolehlah guna untuk tengok masa sikat rambut," ujarnya dalam nada berseloroh.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain