suria

Penumpang tertinggal dompet Prada, pemandu Grab setuju pandu dari Melaka ke JB hantar kepada tuannya selepas buat ‘siasatan’

Sateesh terpaksa memandu daripada Melaka ke Johor Bahru semata-mata mahu memulangkan dompet penumpang.

"TAK cukup kalau 5 bintang, sebab lelaki ni layak dapat 10 bintang." 

Demikian komen netizen terhadap kisah seorang pemandu Grab apabila dia sanggup memandu dari Melaka ke Johor Bahru, Johor semata-mata mahu memulangkan dompet penumpang yang tertinggal dalam keretanya dalam kejadian pada Sabtu. 

ARTIKEL BERKAITAN: "Saya kasihankan pemiliknya, saya tak sengaja ambil" - Wanita tudung biru, 'shopping' di Sogo dicari

Posting mengenai kisah ini dimuatnaik oleh penumpang itu sendiri, Carney Mak, sebagai tanda terima kasih kepada pemandu berkenaan Sateesh Karuppusamy, sebelum ia tular di laman Facebook. 

Perkongsian penumpang berbangsa Cina yang menaiki Grab di sekitar Johor Bahru itu menerima lebih dari 2,800 tanda suka dan 154 komen, malah rata-rata netizen memuji sikap pemandu Grab yang jujur itu. 

"Syabas, orang yang jujur. Teruskan bersikap begini. 

Perkongsian mengenai Sateesh yang memandu dari Melaka ke Johor Bahru untuk memulangkan dompet penumpangnya tular di laman sosial.

"Semoga tuhan memberkati awak Sateesh. Bangga dengan awak. 

"Wow, dari Melaka? Respect," komen beberapa netizen. 

Berkongsi kisah dengan mStar, Sateesh Karuppusamy atau lebih mesra disapa Sateesh memberitahu bahawa dia dimaklumkan oleh penumpang berkenaan tentang dompetnya yang tertinggal sewaktu dia dalam perjalanannya ke rumahnya dari Gelang Patah ke Pontian, kira-kira jam 9 malam.

Pemandu berusia 39 tahun ini berkata, dia terpaksa bertanyakan soalan mengenai ciri fizikal dompet itu kepada penumpang tersebut bagi mengesahkan ia betul-betul kepunyaannya.  

Setelah berpuas hati dengan ciri fizikal yang disebutkan penumpang itu, Sateesh bersetuju untuk bertemu dengan Carney pada Isnin di sebuah stesen minyak yang terletak di Johor Bahru. 

"Bila saya on the way nak balik rumah dari Gelang Patah ke Pontian, saya dapat panggilan daripada penumpang cakap dia tertinggal wallet dalam kereta saya. Tapi pada masa tu, saya bagitau dia yang saya kena periksa dulu ada atau tak wallet dia. 

Rata-rata netizen memuji tindakan Sateesh sebagai pemandu Grab yang jujur menerusi ruangan komen.

"Sebab kebiasaannya kalau kita turunkan penumpang, kita tak turun sekali ataupun check seat belakang. Then, bila saya dah periksa, memang betul ada wallet dia dalam kereta saya.   

"Jadi saya perlu pastikan sama ada wallet itu dia punya atau tak, saya kenalah tanya dia wallet itu warna apa dan brand apa. And he got the right answer. So we make a deal to see on Monday dekat JB Sentral Caltex," katanya. 

Disebabkan Sateesh menerima panggilan pada awal pagi Isnin daripada Carney, dia memutuskan untuk tidak menghabiskan program yang dihadirinya di Melaka dan bergegas ke Johor Bahru untuk memulangkan dompet penumpang tersebut.

Sateesh berkata dia memahami perasaan penumpangnya yang keciciran dompet selama hampir dua hari dan atas sebab itulah dia mengambil keputusan untuk memulangkannya sendiri walaupun dia boleh sahaja menghantar dompet itu di balai polis berhampiran.

Sateesh menerima sejumlah wang tunai RM100 daripada Carney selepas memulangkan dompet tersebut.

Jadi saya perlu pastikan sama ada wallet itu dia punya atau tak, saya kena lah tanya dia wallet itu warna apa dan brand apa. And he got the right answerSo we make a deal to see on Monday dekat stesen Caltex JB Sentral.

SATEESH KARUPPUSAMY

"Sampai saja saya di sana pada keesokan hari, saya terima panggilan. Suara dia betul-betul gelisah, jadi kami bertemu dalam pukul 5 petang Isnin.

"Muka dia muram sangat-sangat masa saya sampai. Tapi bila dia tengok dalam wallet tu tak ada apa-apa barang yang hilang, dia happy sangat-sangat dan serahkan saya wang tunai RM100 bagi menghargai jasa dan pertolongan saya. Dan dia minta izin untuk bergambar dengan saya. No wonder lah ramai Grab driver call saya, mereka kata saya dah famous, saya tengah viral kat media sosial. 

"Tapi saya faham perasaan penumpang yang tertinggal dompet tu. Sebab saya rasa kalau saya kat tempat dia, saya dah tak boleh tidur dah semalaman. Sejujurnya, pada ketika itu saya ada dua pilihan. Sama ada hantar dompet tu di balai polis berhampiran ataupun pulang dengan sendiri. Bila passenger tu dah call, saya pun ambil keputusan lah untuk hantar sendiri," ujarnya. 

Sateesh nafi dakwaan ditawarkan menginap di hotel di Singapura secara percuma.

Dalam pada itu, bapa kepada tiga orang anak ini menafikan dakwaan seorang individu yang memberi komen memaklumkan dia bersama keluarganya telah dijemput untuk tinggal percuma di hotel di Singapura selama seminggu. 

"Mungkin saya terlepas baca komen, setakat ini tak ada pula orang call cakap nak bagi free duduk hotel. 

"Jadi, saya rasa komen tu tak betul," tambahnya. 

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
jujur, pemandu, Grab

Artikel Lain