suria

Bapa seorang anak sanggup ceraikan isteri cantik talak tiga selepas hamilkan cinta pertama, kesudahan kisah ini sungguh tak disangka - “Hitam gelap dunia... aku pengsan”

Semoga isteri dan anak dipinggirkan suami kerana kekasih lama. Gambar sekadar hiasan

CINTA pertama selalunya sukar untuk dilupakan, kerana dia merupakan insan terawal yang menambat hati dan perasaan.

Tapi bahaya kalau terus mengenangkan cinta pertama apabila telah berumah tangga seperti Am, seorang suami dan bapa kepada seorang anak lelaki berumur dua tahun.

Am yang berusia 28 tahun mengahwini isterinya, Imani pada 2017 dan hidup bahagia di awal perkahwinan mereka sehingga dua bertemu semula dengan bekas kekasihnya, Mila.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri hidap kanser menanti ajal, suami kantoi WhatsApp janda ajak ke hotel... rupa-rupanya adik sendiri!

ARTIKEL BERKAITAN: Suami tolak kejutan tiket bola isteri hidap kanser, kantoi buat ‘OT’ di stadium dengan ex-gf, siap check in - “Kalau saya dah tak ada, dia boleh jadi mak tiri anak kita”

Menurut Am, Mila adalah cinta pertamanya dan hubungan mereka semasa belajar di universiti mengalami masalah kerana kehadiran pihak ketiga.

“Aku terlalu sayangkan Mila kerana dia cinta pertama aku. Aku dan Mila tidak pernah memutuskan hubungan cinta kami.

“Cuma aku hanya mendiamkan diri seketika dan disebabkan kecewa aku kahwin dengan Imani. Mila cuba mencari aku untuk kembali bersama tetapi gagal,” luahnya menerusi satu perkongsian di halaman Facebook Kisah Rumah Tangga pada Sabtu.

Luahan Am di grup Facebook Kisah Rumah Tangga.

Posting tersebut menjadi tular dengan dikongsi hampir 700 kali, mendapat 4,700 tanda suka dan lebih 1,700 komen.

Am berkata, Imani merupakan isteri dan ibu yang bertanggungjawab meskipun kadang-kadang terpaksa pulang lewat kerana bekerja mengikut syif.

Bukan sahaja cantik dan berperwatakan lemah-lembut, malah katanya, isterinya tidak pernah sekalipun meninggikan suara atau melawan katanya.

“Tapi aku bodoh dalam menilai dia. Bila aku dah jumpa semula dengan Mila, aku lalai. Aku hanyut dalam cinta. Ketika bersama Imani aku selalu teringatkan Mila.

“Aku dan Mila selalu berjumpa. Kadang-kadang aku tipu Imani kata ada kursus, dua tiga hari baru aku balik. Imani tidak pernah syak apa-apa terhadap aku,” ujar Am sambil menambah Mila baru saja bercerai dengan suaminya dan dia menjadi tempat mengadu serta memadu kasih.

Netizen kesal dengan tindakan Am menceriakan isterinya.

Menurut Am, Mila kemudian memberitahu dia hamil hasil hubungan sulit mereka dan mahu dia menikahinya tetapi dengan syarat, bukan sebagai isteri kedua.

“Aku dilema, aku buntu. Aku memilih Mila kerana dia cinta pertama dan kandungan itu adalah anak aku. Aku melafazkan cerai terhadap Imani dengan talak tiga.

“Terdiam Imani dan akhirnya dia menangis semahu-mahunya. Bertanya di mana silapnya dan apa salahnya sehingga aku sanggup menceraikanya.

Aku bodoh dalam menilai isteri. Bila aku dah jumpa semula dengan Mila, aku lalai. Aku hanyut dalam cinta. 

MILA

“Malam itu juga aku keluar dari rumah, tinggalkan Imani dan anak aku. Dalam tempoh proses penceraian aku dan Imani, aku tidak penah call atau bertanya khabar tentang Imani dan anak,” katanya yang kemudian berkahwin dengan Mila.

Am bagaimanapun berkata, kebahagiaannya bersama Mila hanya sementara apabila dia merindui Imani dan anaknya sehingga membuatkan hidupnya tidak keruan.

Kisah Am dijadikan pengajaran buat netizen.

Dia nekad mencari Imani dan anaknya di rumah sewa mereka tetapi telah berpindah sebelum pergi ke rumah bekas mentuanya dan menerima berita yang menyedihkan.

“Dua insan yang aku abaikan, aku aniaya telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Hitam gelap dunia aku... aku pengsan.

“Buat Imani, maafkan abang sayangku, ampunkan dosa abang. Buat anakku, maafkan papa. Papa abaikan mu anakku, ampunkan dosa papa. Papa rindu sangat.

“Rindu yang tiada berpenghujung, Imani tetap hidup dalam kenangan abang. Bila kehilanganmu, barulah aku tahu bahawa kau adalah permata,” katanya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain