“Kalau saya bersekedudukan sila bagi bukti!” - Jururawat nafi caras suami wanita mengandung, dedah kakak kantoi rancang serbuan - Viral | mStar

“Kalau saya bersekedudukan sila bagi bukti!” - Jururawat nafi caras suami wanita mengandung, dedah kakak kantoi rancang serbuan

Wawa menafikan segala tuduhan di Facebook dan mendakwa ia merupakan satu fitnah terancang ke atas dirinya.

SEORANG wanita yang didakwa bersekedudukan dengan suami orang sehingga kisahnya tular di Facebook tampil mempertahankan dirinya pada Rabu.

Wanita berkenaan, yang hanya mahu dikenali sebagai Wawa, 26, berkata segala tohmahan yang dilemparkan wanita bernama Mieda Marsha merupakan satu fitnah terancang ke atas dirinya.

Menerusi posting yang mula menggemparkan pelayar Facebook pada awal pagi Rabu, Mieda Marsha mendakwa Wawa menjadi punca keruntuhan rumah tangga adiknya yang sedang sarat hamil.

ARTIKEL BERKAITAN: “Pergi mampus la dia mengandung” - Jururawat dicekup khalwat dengan suami orang

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri hidap kanser menanti ajal, suami kantoi WhatsApp janda ajak ke hotel... rupa-rupanya adik sendiri!

Lebih parah, Mieda Marsha turut memuat naik video pertemuannya dengan Wawa di Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat, di Bandar Baru Bangi, sehingga ia menerima ratusan ribu tontonan dalam tempoh kurang 24 jam.

Wawa menafikan sekeras-kerasnya tuduhan khalwat tersebut memandangkan terdapat tiga individu di kediamannya sewaktu mereka diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), lebih kurang jam 1 pagi Rabu.

Kalau betul saya bersekedudukan, sila bagi bukti. Saya tak takut. Saya pun dah hubungi pegawai penyiasat (IO) dan dimaklumkan itu bukan kes khalwat.

WAWA

"Masa tu ada saya, seorang kawan perempuan dan lelaki itu. Kami baru lepas makan, kami juga berpakaian lengkap.

"Jais selongkar bilik saya pun langsung tak ada bukti kami bersekedudukan seperti yang didakwa.

"Masa kami kena 'angkut' naik vas Jais, kakak perempuan hamil tu datang dan bagitahu kepada pegawai bahawa dia yang buat laporan.

"Dia tak sedar yang saya ada dalam van. Dia yang rancang sebenarnya," dakwa Wawa sewaktu dihubungi mStar pada Rabu.

Menurut Wawa yang juga seorang jururawat, Mieda Marsha dan adiknya juga seolah-olah cuba menyalahkan dirinya, sedangkan bahtera rumah tangga pasangan itu sudah lama bergolak.

Paparan skrin video melibatkan Wawa sewaktu dia diserang Mieda Marsha yang tular di Facebook.

Wawa juga difahamkan bahawa lelaki itu sudah lama tidak tinggal dengan isterinya dan mereka pernah bercerai.

"Setahu saya, mereka dah dua kali bercerai. Kalau cerai sekali lagi lepas dia bersalin nanti, dah jadi kali ketiga pula," katanya.

Malah menurut Wawa, lelaki itu sendiri juga memberitahunya bahawa dia sudah dua kali bercerai dengan wanita hamil berkenaan sebelum ini.

"Saya kenal lelaki tu sejak bulan Mac, mereka sengaja viralkan sebab lelaki tu sebelahi saya. Lelaki tu sendiri cakap dia dah tak tinggal dengan isteri dia, tapi dia pun tak tinggal dengan saya.

"Kalau betul saya bersekedudukan, sila bagi bukti, saya tak takut. Saya pun dah hubungi pegawai penyiasat (IO) dan dimaklumkan itu bukan kes khalwat," ujarnya.

Mieda Marsha berkongsi gambar adiknya sedang membuat laporan polis (kiri) dan gambar jururawat bersama adik iparnya yang didakwa bersekedudukan dalam satu posting yang kemudiannya tular.

Dalam pada itu, Wawa turut membuat laporan di Balai Polis Batu 9, Cheras pada Selasa malam atas tindakan Mieda Marsha yang menyerang, memfitnah serta memuat naik foto wajah dan salinan kad pengenalannya menerusi laman Facebook.

Mengulas mengenai video itu, Wawa berkata, apa yang dilakukannya sekadar mempertahankan diri apabila diserang oleh wanita berkenaan.

"Sebab dia datang serang saya, siapa yang nak tahan? Dia siap rakam video nak viralkan saya.

"Dia nak saya minta maaf, tapi nak minta maaf atas apa?" soalnya lagi.

Mieda Marsha , serang , curang

Artikel Lain

Ibu Issey meninggal dunia