Pelumba Pecut ‘speaking English’ pelat Terengganu jadi bahan lawak… “Saya kabo doh tak reti cakap Inggeris” - Viral | mStar

Pelumba Pecut ‘speaking English’ pelat Terengganu jadi bahan lawak… “Saya kabo doh tak reti cakap Inggeris”

Hariff ketika ditemuramah wartawan EuroSport 7 April lalu.

"LIDAH saya memang keras kalau speaking," kata pelumba Terengganu Cycling Team (TSG), Mohd Harrif Salleh.

Pelumba pecut acara lebuh raya itu mendapat perhatian netizen apabila rakaman dirinya ditemu ramah dalam bahasa Inggeris oleh wartawan menjadi viral.

Temuramah itu dibuat selepas Mohd Harrif yang lebih mesra disapa Adik Mat memenangi Pusingan 2 LdTL (Le Tour de Langkawi) dipanggil wartawan EuroSport.

ARTIKEL BERKAITAN: Pramugara Miliki Bakat Tiru Pelbagai Loghat Global

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya pun pelik, dia belajar sendiri sampai orang kampung panggil dia Aishah London” - Bapa murid petah B.Inggeris

"Saya kabo doh (bagitau) tak reti cakap Inggeris sebab wartawan tu boleh cakap Melayu. Dia wakil dari EuroSport, tapi dia tetap suruh saya speaking untuk siaran luar negara.

Harrif merupakan juara Peringkat 2 LTdL 2019.

"Saya pun apa lagi jawab je la apa yang ditanya ikut pemahaman sendiri, cuma ada perkataan yang saya nak sebut 'opportunity' tapi tak boleh sebab 'lidoh sayo meme kerah' (lidah memang keras). Jadi terus terlintas perkataan opinion yang hampir bunyi dengan opportunity.

"Saya pun nak tergelak bila sebut 'opiniong' sebab bunyi loghat Terengganu," kongsi pelumba kelahiran Kemaman itu kepada mStar.

Malahan atlet negara ini sama sekali tidak tahu video rakaman temu bual itu telah tular.

Kalau nak bandingkan dengan pelumba negara lain macam Jepun, China atau Korea Selatan, saya reti sikit cakap Inggeris. Saya bukan terror sangat speaking ni, tapi bolehlah faham sebab sebelum ini antara 2006 hingga 2010 lama saya tinggal di Australia.

MOHD HARRIF SALLEH

Pelumba pecut acara lebuh raya

Bagaimanapun, katanya, dia tidak sedikit pun berasa malu dengan percakapan 'Ganu Inggeris' itu kerana itu adalah dirinya, bukan sengaja dibuat-buat.

"Bagi saya ia biasa sahaja selagi orang faham. Sebab kalau saya berborak dengan Mat Saleh pun macam tu juga dan mereka faham. Kecuali kalau saya tak reti sebut, saya guna bahasa isyarat saja.

"Kalau nak bandingkan dengan pelumba negara lain macam Jepun, China atau Korea Selatan, saya reti sikit cakap Inggeris.

"Saya bukan terror sangat speaking ni, tapi bolehlah faham sebab sebelum ini antara 2006 hingga 2010 lama saya tinggal di Australia.

"Jadi bolehlah kalau nak speaking tu. Cuma tak reti nak buat slang," jelas pemuda berusia 30 tahun itu.

Rakaman berdurasi 1:52 saat itu tular apabila dikongsi oleh pengguna Twitter @JarrNadmuddean dan mendapat lebih 100,000 view.

Rata-rata netizen memuji sikap yakin menjawab soalan yang diajukan kepada Hariff.

Sebahagian netizen memuji tahap keyakinan tinggi yang ada pada Harrif.

Untuk rekod, kemenangan Hariff pada peringkat kedua itu menyaksikan dia berjaya menamatkan kemarau sembilan tahun pelumba negara meraih podium dalam saingan LTdL.

Dia menamatkan perlumbaan dari Senawang ke Dataran Pahlawan sebagai juara dengan catatan masa  4 jam 53 minit 20s.

Harrif Salleh , Speaking , TSG

Artikel Lain