suria

Alahai anak! Berani kuali mak dibuat ‘stadium’ beyblade, “bayangkan waktu bulan puasa”

Kuali dijadikan permainan gasing moden.

SUNGGUH lucu apabila peralatan memasak jadi sasaran untuk bermain permainan gasing moden beyblade yang kini menjadi fenomena dalam kalangan kanak-kanak.

Bukan setakat kuali, besen serta talam juga digunakan untuk permainan gasing berkenaan.

Baru-baru ini, salah seorang pengguna Facebook memuat naik gambar sekumpulan budak lelaki menggunakan kuali sebagai ‘stadium’ gasing moden itu.

Artikel berkaitan: Gerun... Maya Karin 'bersuara' selepas anak diam-diam buang penapis teh ibu, “ampunkan aku primadona”

Gambar tersebut menjadi perhatian netizen selepas dimuat naik semula oleh salah seorang pengguna Twitter, @BalqisSidiqia dan meraih lebih meraih kira-kira 5,727 ulang kicau serta 4,557 tanda suka.

Nurfariesya berkongsi gambar koleksi permainan gasing moden beyblade milik adik lelakinya, Muhammad Afiq Danish.

Salah seorang pengguna akaun Twitter @imsyfqh atau Nurfariesya Syafiqah Suhaimi,17, berkongsi pengalaman adik lelakinya berusia lapan tapan tahun yang sering mengambil kuali milik ibunya semata-mata untuk bermain gasing moden tersebut.

"Gasing beyblade ini adik saya beli sendiri. Dia sanggup kumpul duit sekolah setiap hari hanya untuk membeli permainan tersebut.

"Sejak viral gasing beyblade ini, adik saya gunakan kuali semata-mata nak senang bermain di atas permukaan kuali itu."Mak sampai bising sebab adik saya suka ambil kuali yang besar, kadang-kadang saya pun marah," ujar Nurfariesya ketika dihubungi mStar.

Selain itu, Nurfariesya memberitahu adik lelakinya mula berminat dengan permainan gasing moden berkenaan selepas menonton rancangan kartun 'Beyblade Burst'.

Afiq bersama koleksi beyblade

"Lepas tengok kartun itu, adik saya beli beyblade dengan harga yang sangat murah pada mulanya.

"Tetapi, lama-kelamaan makin mahal pula dia beli gasing beyblade itu," kata pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Badong, Merbok, Kedah.

Dalam pada itu, beberapa netizen turut memberi komen dan berkongsi gambar bermain gasing moden beyblade di posting milik @BalqisSidiqia tersebut.

"Bayangkan diorang main waktu puasa. Tak mengamuk mak dia nak masak untuk berbuka? Hehehe," komen salah seorang pengguna Twitter @mhmdqyum.

"Seronok tengok budak-budak keluar rumah pi bermain. Bersosial lah sikit," tulis @ShaaaXII.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
Kuali mak, beyblade

Artikel Lain