suria

Gambar papan tanda condong ‘macam nak jatuh’ tular di media sosial

GAMBAR papan tanda dalam keadaan condong berhampiran sebuah hotel di Lebuhraya Persekutuan telah menjadi tular.

Kapsyen yang ditulis pada salah satu gambar tersebut menunjukkan papan tanda itu kelihatan seperti hendak terjatuh.

Ia juga memberi amaran kepada orang ramai dan menasihati mereka untuk berkongsi mesej dengan orang lain.

Ahli Majlis Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) Tang Fuie Koh berkata bahawa papan tanda tersebut telah dibaiki oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).

Beliau berkata, mereka mengetahui tentang papan tanda itu melalui gambar-gambar yang tular di media sosial.

"Ia telah dibaik pulih oleh JKR malam tadi," katanya.

Tang menambah bahawa dia tidak tahu bagaimana papan tanda itu jadi seperti itu. - The Star

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain