suria

Posting dianggap lawak hambar... Instafamous mohon maaf selepas ‘emosi’ balas komen kecaman

GAYA hidup trendy yang dipamerkan di media sosial membuatkan masyarakat ingin tahu dan mengikuti perkembangan golongan bergelar Instafamous.

Selain dikenali, tentunya golongan ini memiliki pengaruh yang kuat sehingga menjadi ikutan generasi baharu.

Namun, menggalas tanggungjawab selebriti media sosial tidak semudah disangka kerana individu ini juga tidak terlepas dari melakukan kesilapan.

Baru-baru ini, seorang Instafamous tampan yang terkenal dengan video-video lucu menerima kecaman hebat gara-gara membuat posting yang dianggap melampau dan tidak sensitif.

Menurut Syed Fernarsh Syed Badlishah atau lebih dikenali sebagai Chazynash, dia tidak menyangka niatnya untuk bergurau disalah erti sehingga menyinggung perasaan netizen di laman Twitter.

Chazynash popular di laman Instagram kerana video-video parody & lucu

“Mereka yang dah lama follow saya di Instagram sudah tahu konsep video saya dan mereka kenal saya suka troll dan prank orang. Semua content saya dekat Instagram macam tu.

“Cuma kali ni saya tersilap buat posting di Twitter. Sejujurnya saya tak tahu sangat tentang Twitter dan kurang aktif di sana.

“Boleh nampak perbezaan kalau post di Instagram macam mana dan post di Twitter macam mana. Followers di Instagram lebih menerima joke seperti itu,” katanya ketika dihubungi mStar Online, Ahad.

Posting Chazynash menerima kritikan netizen yang menyifatkan ia sebagai lawak hambar dan tidak sensitif. 

Segala-galanya bermula selepas dia memuat naik sebuah posting prank dengan kapsyen “King tumpang lalu” yang memaparkan seekor ular sedang melingkar tiba-tiba mengelurkan bunyi yang kuat sehingga mampu membuatkan sesiapa yang menonton terkena ‘serangan jantung’.

Video yang dikongsikan di laman Instagramnya itu menerima lebih 400,000 tontonan dengan lebih 41,000 ‘like’ dan 6,000 komen.

Rata-rata netizen berang dengan tindakan Chazynash sehingga timbul berbalahan di antara mereka.

Instafamous Chazynash mengakui ‘emosi’ balas komen kecaman

Selain menyifatkan ia sebagai lawak hambar dan tidak sensitif terhadap golongan menghidap penyakit jantung dan anxiety, netizen turut meminta dia memadam video berkenaan.

Bapa kepada tiga anak perempuan ini mengakui gagal mengawal perasaan ketika membalas kecaman netizen akhirnya memadam video itu dan memohon maaf kerana enggan memanjangkan isu berkenaan.

“Saya tak mahu ego atau mengguris hati mana-mana pihak dah. Sebab saya bukan jenis yang suka sentiasa nak menang dan gaduh dengan orang.

“Saya sayang semua followers saya. Yang mana haters tu, kalau boleh nak buat mereka jadikan pengikut saya juga. Saya pun tak mahu cakap lebih mengenai kes tu. Saya rasa tak perlu cakap pasal isu ni lagi dah.

“Saya tak salahkan orang lain, saya salahkan diri sendiri. Silap saya terlebih emosi membalas komen kecaman daripada orang. Bagi saya, followers adalah segala-galanya dan saya hargai mereka,” katanya.

Chazynash memiliki 3 cahaya mata perempuan yang comel!

Ketika ditanya mengenai sikap segelintir netizen dalam melemparkan komen berunsur negatif dan bersifat menjatuhkan, Chazynash punya jawapan sendiri.

“Kalau boleh tak payah layan komen-komen daripada netizen. Memang kecaman orang menyakitkan hati. Kalau tiada apa-apa yang baik untuk dikata, dia ja lebih bagus daripada berkata sesuatu yang menyakitkan hati seseorang tu.

“Orang baling tahi kita bagi bunga,” akhirinya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain