suria

“Itu kali pertama dan terakhir” - Mula-mula tertarik, pekerja IT mengaku menyesal masak nasi Oreo

Resipi aneh 'nasi Oreo' menjadi pilihan Amienudin. -foto Twitter Amienudin

LAMAN sosial sering kali dipenuhi dengan hidangan yang menyelerakan namun ada segelintir netizen suka mencuba resipi yang aneh.

Baru-baru ini tular gambar dan video cara penyediaan nasi Oreo walaupun ia hanyalah posting lama yang dimuat naik semula oleh salah seorang pengguna Twitter.

Posting asal nasi Oreo itu adalah milik seorang lelaki warga Singapura, Md Amienudin Dinoh yang dibuat pada tahun 2015 di laman sosial yang sama.

Md Amienudin, 24, ketika dihubungi mStar Online berkata dia terkejut apabila melihat gambar empat tahun lepas itu menjadi perhatian netizen di laman Twitter baru-baru ini.

Menceritakan pengalamannya menyediakan hidangan nasi bercampur biskut Oreo itu, dia terdetik untuk mencuba resipi pelik itu selepas menonton sebuah video di laman web Buzfeed.

"Bila tengok video berkaitan dengan biskut Oreo, saya terus nak cuba buat. Saya ini memang suka Oreo dan kadang-kadang saya suka buat cekodok Oreo bila ada masa lapang.

Video resipi 'nasi Oreo' yang menjadi sumber rujukan buat Amienudin.

"Daripada buat cekodok Oreo terus ke nasi Oreo sebab saya gila dengan biskut ni," ujar lelaki yang bekerja di salah sebuah syarikat IT di Singapura.

Bagaimanapun, Amienudin sebenarnya mengaku berasa sedikit kesal selepas mencuba resipi berkenaan.

"Video itu memang buat saya rasa ingin mencuba resipi itu, tetapi akhirnya menyesal jugalah. Kesian saya tengok biskut itu, membazir je sebab susu yang dimasak dengan nasi itu, buat teksturnya nampak kering dan tak adalah manis pun.

"Itu kali pertama dan terakhirlah saya buat sebab memang pelik rasanya," katanya.

Benci! Sampai hati dia buat macam itu dekat Oreo

NETIZEN

Menceritakan tentang reaksi netizen terhadap resipi aneh itu, Amienudin memberitahu ramai yang terkejut dengan tindakannya.

"Ada juga yang kutuk dan marah tetapi saya ambil ia sebagai benda yang positif sahaja.

"Lebih memeranjatkan, ada yang nak mencuba buat nasi Oreo itu dan saya terus berikan link video tersebut kepada mereka sebagai rujukan.

Gambar yang telah dimuat naik semula di akaun Twitter @brgsjks menjadi perhatian netizen baru-baru ini.

Selain itu, rata-rata netizen turut memberi komen selepas melihat posting tersebut di akaun Twitter @brgsjks dan meraih lebih 3,000 ulang kicau serta 2,078 tanda suka.

"Lupakan nasi goreng cheese, yang ni lagi merepek," tulis @aimniss.

"Benci! Sampai hati dia buat macam itu dekat Oreo," tulis @_koala49.

"Allahuakbar, tahulah otak tu besar bumi tapi jangan tunjuk sangat kreatif itu," tulis @rasidazam.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
nasi Oreo, resipi, aneh, Singapura

Artikel Lain