suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Donald Trump tiba di Malaysia untuk Sidang Kemuncak Asean

Pesawat membawa Trump mendarat di Malaysia pada pagi Ahad.

PRESIDEN Amerika Syarikat (AS), Donald Trump tiba di Malaysia dengan menaiki pesawat Air Force One yang mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada pukul 9.48 pagi Ahad.

Bendera Jalur Gemilang dan Stars and Stripes berkibar megah sebelah menyebelah ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunggu untuk menyambut ketibaan Trump secara rasmi sekitar pukul 10 pagi bagi mengalu-alukan kunjungan pemimpin dunia itu.

Trump kini berada di Malaysia bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47.

Sementara itu, Trump juga sempat berinteraksi dengan sekumpulan penari kebudayaan sejurus pesawat membawanya mendarat sebentar tadi.

Trump dilihat mengangkat kedua tangannya sambil menggerakkan tubuh sewaktu menyaksikan persembahan itu.

Trump juga dilihat mengibarkan Jalur Gemilang serta bendera negaranya.

Artikel Lain