suria

Suami di penjara, isteri dicekup bersama kekasih bujang di rumah… Beritahu jiran ‘dah kahwin’

Kedua-dua individu itu mengaku sudah berkahwin pada orang kampung.

TINDAKAN sepasang kekasih yang berpura-pura sebagai suami isteri demi menutup hubungan terlarang terbongkar selepas diserbu penguat kuasa agama di sebuah rumah sewa, di Padang Serai, Kedah.

Serbuan kira-kira pukul 1.45 pagi Ahad itu membawa kepada penahanan wanita berusia 29 tahun dan pasangannya yang merupakan seorang lelaki bujang.

Menurut Pegawai Penguatkuasa Agama Daerah Kulim, Anwar Sharifudin Mat Saad, wanita terbabit masih berstatus isteri orang dan memiliki empat cahaya mata.

"Wanita berstatus isteri orang dan pasangannya ditangkap khalwat di rumah sewa wanita itu, dia dikatakan dalam proses perceraian," katanya.

Siasatan mendapati wanita itu mula mengenali lelaki berkenaan sejak empat bulan lalu.

Manakala suaminya kini sedang menjalani hukuman penjara sejak November tahun lalu dipercayai atas kesalahan berkaitan dadah. 

Difahamkan, anak-anak pasangan itu dijaga oleh ibu bapa mereka di kampung.

Lelaki berusia 23 tahun itu pula difahamkan bekerja sebagai pemandu jentera berat dan berasal dari Changlun.

"Hasil maklumat, mereka baru sahaja berkenalan sejak awal tahun ini... lelaki itu memberi alasan tumpang tidur sekali gus tinggal di rumah sewa itu kerana diupah membuat kerja-kerja di sekitar Padang Serai.

"Difahamkan, kedua-duanya memberitahu jiran bahawa mereka baru berkahwin," katanya lagi.

Anwar turut memaklumkan, wanita itu mengambil masa kira-kira lima minit sebelum membuka pintu semasa serbuan dilakukan di mana pasangannya ditemui bersembunyi di sebalik pintu.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 25(a)(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah (EKJSK) 2014 kerana disyaki berkhalwat.

Artikel Lain

Sheqal meninggal dunia