suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gempar remaja maut jatuh dari tingkat 12, polis jumpa senjata api dalam kereta

Polis menjumpai sepucuk pistol bersama peluru dalam kereta mangsa. -Gambar hiasan

SEORANG remaja lelaki berusia 19 tahun maut selepas terjatuh dari tingkat 12 sebuah bangunan di Kajang, Selangor pada Selasa.

Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.34 tengah hari berhubung kejadian tersebut.

Pemeriksaan polis di dalam kenderaan mangsa menemukan sepucuk senjata api jenis semi automatik bersama peluru yang disimpan dalam bagasi.

"Pemeriksaan di lokasi mengesahkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

"Hasil siasatan lanjut, polis menjumpai senjata api dan peluru di dalam bagasi pada kenderaan remaja terbabit," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Naazron, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR) dan bedah siasat akan dijalankan untuk mengenal pasti punca sebenar kematian.

Siasatan juga dibuat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

Bagaimanapun, semakan mendapati remaja ini tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh disalurkan ke mana-mana balai polis berdekatan atau menghubungi Pegawai Penyiasat iaitu ASP Mohamad Hafeez Hamzah di talian 019-6556536 bagi membantu siasatan.

Artikel Lain