suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

4 anggota Malbatt cedera dalam serangan dron tentera Israel

Antara tentera Malbatt yang cedera akibat serangan Israel.

SERAMAI empat pengaman Malaysia Battalion (MALBATT 850) cedera dalam satu serangan tentera Israel di Sidon, Selatan Lubnan.

Memetik kenyataan Tentera Darat Lubnan, kejadian berlaku ketika kenderaan membawa anggota pengaman MALBATT yang bertugas di bawah Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) sedang melalui sekatan jalan Tentera Lubnan.

"Tentera Israel mengebom sebuah kereta yang melalui Awali di Sidon.

"Serangan itu menyebabkan tiga warga Lubnan maut," katanya.

Kenyataan itu turut mengesahkan tiga anggota tenteranya cedera dalam insiden berkenaan.

Tambahnya, serangan dilakukan dengan menggunakan dron.

Dalam pada itu, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin mengesahkan insiden yang berlaku.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain