suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Suspek sama! Pemain bola sepak bawa kerambit rupanya didakwa terlibat kes baling bom petrol

Suspek yang didakwa membawa kerambit ketika perlawanan bola sepak.

POLIS memaklumkan bahawa pemain bola sepak amatur yang ditahan kerana membawa kerambit merupakan suspek kes membaling bom petrol di sebuah pusat hiburan di Kuala Lumpur, pada Mei lalu.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa.

Beliau berkata, siasatan mendapati lelaki berusia 22 tahun itu merupakan dalam senarai orang yang dikehendaki membabitkan kes tersebut.

"Dia (suspek) merupakan 'wanted' dalam satu kes iaitu kes baling 'molotov cocktail' di depan pusat hiburan, inilah orangnya," katanya pada sidang media di Putrajaya, pada Khamis.

Menurut Rusdi, suspek akan dihadapkan ke Mahkamah Kuala Lumpur pada Jumaat, atas dakwaan membawa kerambit dan membaling bom petrol.

"Suspek akan didakwa di bawah Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Bahaya 1958 Seksyen 336 dan Seksyen 435 Kanun Keseksaan," katanya.

Suspek yang merupakan pemain bola sepak amatur didapati membawa senjata tajam dipercayai kerambit ke dalam padang sewaktu insiden perselisihan faham berlaku ketika perlawanan bola sepak di Pusat Bola Sepak KLFA pada 4 Ogos lalu.

Sementara itu pada 9 Mei lalu, tular video CCTV menunjukkan empat individu yang menaiki dua motosikal bertindak membaling bom petrol di hadapan sebuah pusat hiburan di Kuala Lumpur.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain