suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua wanita ditikam ketika gunakan tandas di Kelana Jaya, suspek dipercayai guna pisau Rambo

Polis sentiasa bertindak atas maklumat awam.

DUA wanita termasuk seorang guru besar sebuah sekolah agama cedera, selepas ditikam seorang lelaki bersenjatakan pisau Rambo.

Kejadian dilaporkan berlaku pada pukul 1.45 petang di Sekolah Agama Insaniah di Kelana Jaya, Selangor.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja'afar berkata, pihaknya sedang melakukan siasatan di tempat kejadian.

“Kami sedang menjalankan siasatan, saya boleh mengesahkan mangsa adalah dua wanita.

“Kejadian berlaku di dalam tandas wanita yang terletak di antara sekolah dan masjid,” katanya pada Jumaat.

Difahamkan, mangsa merupakan seorang guru besar dan kakitangan kedai telefon bimbit.

Kedua-dua wanita telah dibawa ke Hospital Shah Alam untuk rawatan. - The Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

Joey BPR meninggal dunia