suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Misteri kehilangan terungkai... Jasad Nur Farah Kartini ditemukan, dipercayai dibunuh

Mayat Nur Farah Kartini ditemukan dekat Felda Gedangsa, dipercayai dibunuh, pada Isnin.

KEHILANGAN seorang wanita sejak Rabu lalu terjawab selepas mayatnya ditemukan dekat Felda Gedangsa, Hulu Selangor, dipercayai dibunuh pada Isnin.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, mayat Nur Farah Kartini, 25, ditemukan kira-kira jam 6 petang.

Hussein juga berkata, polis sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian dan sudah melakukan tangkapan berkaitan kes ini.

"Siasatan lanjut dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi media.

Media sebelum ini melaporkan Nur Farah Kartini yang berasal dari Sarawak, hilang pada Rabu lalu, selepas dipercayai menghantar kereta sewa kepada pelanggan.

Laporan polis kemudiannya dibuat atas kehilangan mangsa yang merupakan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), pada jam 1.56 pagi.

Mangsa dilaporkan dilihat kali terakhir memakai pakaian korporat berwarna biru, bertudung dan mengenakan seluar slack hitam.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain