suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

[V] Ibu Zayn Rayyan tak buat sebarang pengakuan, peguam bantah permohonan polis

PEGUAM yang mewakili ibu Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin membantah permohonan polis untuk mendapatkan pengakuan daripada wanita berkenaan.

Susulan itu Mahkamah Majistret Petaling Jaya menerusi prosiding pada Rabu merekodkan bantahan yang dibuat peguam Fahmi Abd Moin dan Mahmud Jumaat.

Ketika ditemui selepas prosiding, Mahmud berkata bantahan itu bertentangan dengan permohonan yang difailkan pihak polis mengikut Seksyen 26(1) Akta Keterangan.

Dia berkata bahawa anak guamnya, Ismanira Abdul Manaf, 29 tidak mengaku atau mengaku bersalah ketika memberi keterangan di hadapan Majistret Zhafran Rahim Hamzah.

“Ibu Zayn Rayyan tidak buat sebarang pengakuan bersalah, tetapi dia hanya memberi keterangan di hadapan Majistret," katanya.

Mahmud Jumaat dan Fahmi ketika sidang media di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya pada Rabu.

Dua peguam yang mewakili Ismanira.

Terdahulu, hanya ibu kepada Zayn Rayyan yang direman sejak 1 Jun lalu bagi membantu siasatan kes bunuh kanak-kanak autisme itu, dibawa untuk merekodkan keterangan.

Bagaimanapun, Ismanira yang memakai pakaian lokap polis berwarna ungu dilihat meninggalkan Kompleks Mahkamah Petaling Jaya kira-kira pada pukul 12.50 tengah hari selepas memberi keterangan.

Untuk rekod, pasangan itu pada mulanya direman tujuh hari mulai 1 Jun bagi membantu siasatan polis mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Kemudian pada 7 Jun, reman terhadap mereka disambung enam hari lagi bagi melengkapkan siasatan susulan terdapat percanggahan keterangan daripada ibu, bapa dan saksi antara sebab siasatan lanjut dilakukan polis.

Pada 6 Disember tahun lalu, Zayn Rayyan ditemukan meninggal dunia di anak sungai, berhampiran kawasan rumahnya di Apartment Idaman, Damansara Damai, kira-kira 10 malam.

Bedah siasat ke atas mangsa mendedahkan kecederaan di leher dan badannya, membawa kepada kesimpulan bahawa kanak-kanak berusia enam tahun itu telah dibunuh.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain