suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PH menang PRK DUN Kuala Kubu Bharu, peroleh majoriti 3,869 undi

Pang (empat, kiri) ketika diumumkan memenangi kerusi DUN Kuala Kubu Bharu pada malam Sabtu. -Foto The Star

CALON Pakatan Harapan (PH) daripada DAP, Pang Sock Tao, memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu dengan majoriti 3,869 undi.

Pegawai Pengurus PRK DUN Kuala Kubu Bharu, Yuhanas Auree Kamaruddin mengumumkan Pang meraih 14,000 undi, menewaskan calon Perikatan Nasional (PN) daripada Bersatu, Khairul Azhari Saut yang memperoleh 10,131 undi.

ARTIKEL BERKAITAN: Saingan empat penjuru di PRK Kuala Kubu Bharu

Sementara itu, Hafizah Zainudin dari Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan calon Bebas, Nyau Ke Xin kehilangan wang deposit selepas masing-masing hanya memperoleh 152 dan 188 undi.

Untuk rekod, PRK Kuala Kubu Bharu diadakan susulan kematian penyandang daripada DAP, Lee Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lalu akibat kanser.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain