suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kebakaran berjaya dipadam, Bukit Broga ditutup sementara

Operasi memadamkan kebakaran di Bukit Broga.

TAPAK rekreasi popular Bukit Broga di Semenyih, Selangor ditutup sementara bermula pada Isnin.

Perkara itu disahkan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Selangor, pada Isnin.

"Bagi laluan pendakian Bukit Broga, Semenyih, Selangor bermula 18 Mac hingga ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak," menurut satu kenyataan di Facebook.

ARTIKEL BERKAITAN: Cuaca panas melampau, Bukit Broga disambar api... Operasi pemadaman dimulakan

Terdahulu, kawasan hutan di Bukit Broga, Semenyih, Selangor terbakar pada malam Ahad.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Wan Md Razali Wan Ismail berkata, kebakaran yang berlaku membabitkan kawasan puncak bukit seluas 0.8 hektar.

Menurutnya, kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya pukul 2.30 Isnin sebelum operasi ditutup pukul 3.30 pagi.

"Seramai 28 anggota dan pegawai dari tiga balai bomba terlibat dalam operasi," katanya dalam satu kenyataan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain