suria

Cuaca panas melampau, Bukit Broga disambar api... Operasi pemadaman dimulakan

Kebakaran hutan di Bukit Broga. -Foto ihsan bomba

KAWASAN hutan di tapak rekreasi popular Bukit Broga, Semenyih, Selangor terbakar pada malam Ahad.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya menerima panggilan kejadian pada 7.39 malam.

Menurutnya, sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Semenyih dikejarkan ke lokasi.

"Pasukan mendapati kebakaran membabitkan hutan atas puncak 1 Bukit Broga.

"Anggaran keluasan 0.8 hektar dan kerja pemadaman sedang dijalankan," katanya dalam satu kenyataan.

Tambah Ahmad Mukhlis, ketika ini enam pegawai dan anggota bomba sedang berusaha memadamkan kebakaran.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain