suria

53 hari yang panjang... Tun M dibenarkan keluar IJN

Tun M mendapatkan rawatan di IJN akibat jangkitan.

BEKAS Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dibenarkan keluar dari Institut Jantung Negara (IJN) pada pukul 11.30 pagi Isnin.

Perkara itu dimaklumkan oleh jurucakap dari pejabat Dr Mahathir menerusi satu kenyataan.

"Dr Mahathir telah dibenarkan pulang dari IJN pukul 11.30 pagi hari ini," katanya dalam kenyataan ringkas tersebut.

Terdahulu, Dr Mahathir, 98, dikatakan mendapatkan rawatan di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur sejak 26 Januari lalu bersamaan dengan 53 hari.

ARTIKEL BERKAITAN: Tun M kongsi foto sedang baca surat khabar, kesihatan kritikal hanya khabar angin

Dilaporkan pada 13 Feb bahawa Dr Mahathir berehat di wad selepas mendapat rawatan di IJN kerana jangkitan yang dialami.

Keadaan kesihatan ahli politik veteran didedahkan semasa prosiding kes saman fitnahnya terhadap Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Peguam Dr Mahathir, Mior Nor Haidir Suhaimi, dalam permohonan untuk menangguhkan prosiding, memberitahu mahkamah bahawa anak guamnya telah dimasukkan ke IJN. -The Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain