suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tuah hari jadi ke-80! Warga emas terima kejutan Tunku Azizah, dirai siap dapat hadiah

Seorang lelaki warga emas menerima kejutan daripada Tunku Azizah. -Gambar @jafniel71

TUAH seorang lelaki warga emas yang menyambut ulang tahun ke-80 bersama keluarga di sebuah restoran apabila menerima kejutan daripada Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang turut berada di situ dan meraikan hari istimewanya.

Menerusi video yang tular, warga emas yang berkerusi roda itu dikelilingi ahli keluarga dan kenalannya, dengan Tunku Azizah kelihatan turut menyanyi sambil bertepuk tangan di meja berasingan.

Tunku Azizah yang dikenali dengan sikap ramahnya bermurah hati membayar seluruh hidangan ahli keluarga berkenaan.

Menurut pengguna TikTok @jafnie71, lelaki warga emas itu turut bertuah apabila menerima hadiah wang tunai RM300 daripada Tunku Azizah. -The Star.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain