suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua maut nahas tujuh kenderaan di Lebuhraya PLUS

Kemalangan menyebabkan dua arah di lebuh raya terhalang.

DUA pemandu lori maut dalam kemalangan melibatkan tujuh kenderaan di Kilometer (KM) 288 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, antara laluan Gopeng ke Simpang Pulai di Perak, pagi Sabtu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Sabarozi Nor Ahmad berkata, mayat mangsa diserahkan kepada polis susulan kejadian kira-kira pukul 7.45 pagi itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Kemalangan 4 kereta, 3 treler... Lebuh raya sesak, laluan Gopeng-Simpang Pulai terhalang

Kejadian itu turut mengakibatkan seorang pemandu kereta mengalami kecederaan patah tangan dan dihantar ke hospital untuk rawatan.

“Kemalangan membabitkan dua lori, sebuah kontena, dua kenderaan pelbagai guna (MPV) dan dua kereta sedan.

“Kedua-dua lori itu mengangkut gula dan barangan logam. Terdapat muatan gula tumpah di atas jalan,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, PLUS menerusi laman X memberitahu, kedua-dua lorong arah utara dan selatan terhalang, menyebabkan kesesakandi kedua-dua arah.

"Trafik tidak bergerak. Sila keluar ke Plaza Tol Simpang Pulai (arah ke selatan), manakala Plaza Tol Gopeng (arah utara)," menurut kenyataan itu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain