suria

Terlibat Op Daddy: 6 wanita dituduh lakukan aktiviti persundalan secara sukarela

Hasli Ikhwan Arif bersama dua teman wanitanya mengaku tidak bersalah.

ENAM lagi wanita yang dipercayai terlibat dalam aktiviti persundalan bersama seorang lelaki dikenali sebagai 'Hot Daddy' didakwa pada Rabu.

Difahamkan, kesemua wanita terbabit adalah 'pelakon' untuk video aksi seks bagi tujuan menjualnya di media sosial.

Mereka yang berusia 21 hingga 36 tahun itu ditahan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, minggu lalu menerusi fasa kedua Op Daddy.

Menurut Pengarah JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, siasatan mendapati keenam-enam wanita berkenaan melakukan hubungan seks secara sukarela dengan ada antara mereka melakukannya kerana bermotifkan keuntungan.

Jelasnya lagi, semua mereka sudah direman bagi membantu siasatan untuk mengesan individu lain yang terbabit dalam penghasilan video seks.

Jumaat lalu, lelaki tiga anak dikenali 'Hot Daddy' yang ditahan kerana merakam dan menjual aksi hubungan intim melalui aplikasi X, didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Lelaki terbabit, Hasli Ikhwan Arif Zul Hasli, 32 dan dua teman wanitanya Norhidayah Mahadi, 24, dan Norshazrina Md Zamri, 27, mengaku tidak bersalah mengikut Seksyen 372(1)(e) Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34, kerana mempromosikan aktiviti seks untuk keuntungan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain