suria

Daim berkerusi roda ke mahkamah... Nampak tenang, sempat lambai tangan kepada media

Daim ditemani isteri ketika tiba di kompleks mahkamah dengan menggunakan kerusi roda.

TUN Daim Zainuddin tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada Isnin dengan menggunakan kerusi roda kira-kira pukul 8.40 pagi.

Bekas menteri kewangan itu dilihat hadir dengan memakai pelitup muka dan blazer gelap.

Kelihatan tenang, Daim yang berusia 85 tahun itu turut ditemani isterinya, Toh Puan Na'imah Khalid serta ahli keluarga sebelum memasuki kompleks mahkamah.

Difahamkan, Daim akan berdepan dua pertuduhan mengikut Seksyen 36(2) Akta SPRM 2009 iaitu kesalahan tidak mendedahkan aset.

Dalam satu kenyataan pada Sabtu, Daim berkata peguamnya telah dimaklumkan bahawa dia akan menghadapi pertuduhan itu. - The Star.

Artikel Lain