suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tragis, 3 termasuk 2 kanak-kanak lemas di kolam kem tentera

Lokasi kejadian yang meragut tiga nyawa. -Gambar JBPM

DUA kanak-kanak dan seorang remaja yang lemas di kolam latihan di sebuah kem tentera dekat Temerloh pada Jumaat, disahkan anak anggota tentera di kem tersebut.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mazlan Hassan, susulan pihaknya menerima laporan mengenai kejadian pada pukul 5.55 petang.

Menurut beliau, mangsa merupakan dua kanak-kanak berusia 11 tahun, dan seorang lagi mangsa berusia 13 tahun.

Mazlan berkata, sebaik tiba dilokasi kejadian, polis mendapati anggota tentera sedang melakukan pencarian di kolam itu dan menemui semua mangsa.

"Hasil siasatan, polis dimaklumkan salah seorang rakan mangsa memaklumkan kejadian kejadian lemas itu kepada dua anggota tentera kira-kira pukul 5.30 petang.

"Anggota tentera kemudian melakukan pencarian awal sebelum pasukan penyelamat tiba. Semua mangsa ditemui di dasar kolam sedalam kira-kira dua meter itu antara pukul 5.55 petang dan 6.10 petang," katanya dalam kenyataan.

Semua mangsa dikejarkan ke pusat perubatan di kem tersebut sebelum disahkan meninggal dunia.

Mazlan berkata, semua mayat dihantar ke Hospital Sultan Ahmad Shah untuk proses bedah siasat.

Polis mengklasifikasikan kejadian itu sebagai mati mengejut dan tiada unsur jenayah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain