suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pengunjung gempar jumpa mayat tanpa kepala terdampar di pantai

Mayat tersebut dihantar ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk siasatan lanjut. -Gambar Facebook

MAYAT tanpa kepala ditemukan terdampar di pesisiran Pantai Rantau Abang, Dungun, Terengganu pada pukul 5.15 petang Sabtu.

Menurut Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Maizura Abdul Kadir, mayat yang masih tidak diketahui identiti terbabit sudah mereput selain pakaiannya koyak sewaktu ditemukan pengunjung.

“Fizikal mayat itu yang sudah mereput menyukarkan kita tentukan identiti dan lingkungan umurnya, namun kita percaya ia dihanyutkan arus serta dipukul ombak sebelum terdampar.

“Orang ramai yang kehilangan ahli keluarga dimohon tampil untuk membantu siasatan dan pengecaman,” katanya.

Susulan kejadian, mayat tersebut, dipercayai lelaki, dihantar ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk tindakan lanjut.

Tambah Maizura, siasatan terperinci akan dilakukan bagi mengenal pasti sama ada wujud unsur jenayah atau sebaliknya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain