suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Enggan ponteng sekolah punca remaja dipukul dengan helmet - Polis

Suspek ditahan bagi membantu siasatan.

SEORANG remaja lelaki yang tular kerana memukul rakannya di tepi Jalan Prima Pelangi, Bukit Prima Pelangi, Segambut Dalam, Kuala Lumpur telah ditahan polis kira-kira pukul 1.20 petang, Sabtu.

Turut dirampas bersama suspek adalah satu helmet jenama MS88 warna merah yang disyaki digunakan semasa kejadian.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisoner Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata, tangkapan terhadap remaja berusia 15 tahun itu susulan laporan berhubung kejadian tulae baru-baru ini.

“Hasil siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada mangsa tidak mahu mengikut suspek ponteng sekolah.

“Ekoran kejadian tersebut, suspek tidak berpuas hati dan telah memaksa mangsa menaiki motosikal sebelum dibawa ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, mangsa dipukul berkali-kali di bahagian muka dan dada dengan menggunakan helmet,” katanya dalam kenyataan.

Tambah Ahmad Sukarno, semasa kejadian berlaku, terdapat rakaman video yang telah dibuat oleh rakan-rakan suspek dan video tersebut telah pun tersebar dan tular di media sosial.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain