suria

Telekung isteri jadi punca, terbelit masuk tayar motosikal... Suami maut dalam perjalanan ke masjid

Keadaan motosikal yang ditunggang mangsa.

GARA-GARA telekung yang dipakai isteri terbelit pada tayar, seorang penunggang maut apabila motosikal yang dipandunya hilang kawalan di Jalan Juasseh Terusan Seberang dekat Kuala Pilah pada Khamis.

Ketika kejadian sekitar pukul 7 malam, mangsa yang maut berusia 64 tahun itu bersama isterinya 60 tahun dalam perjalanan ke Masjid Kariah Juasseh Seberang bagi menunaikan solat maghrib secara berjemaah.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Amran Mohd. Ghani berkata, mangsa menunggang motosikal Yamaha 135 LC.

Isteri mangsa cedera di muka selain patah beberapa batang gigi.

“Setibanya di lokasi, telekung pembonceng memasuki tayar belakang menyebabkan kenderaan itu hilang kawalan dan terjatuh atas jalan.

“Pasangan itu dibawa ke Hospital Kuala Pilah untuk menerima rawatan.

"Pada pukul 3.53 pagi tadi, anggota Kaunter Aduan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Pilah dimaklumkan penunggang motosikal meninggal dunia,” katanya.

Tambah Amran kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, menyebabkan kematian kerana memandu melulu atau membahayakan. - The Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain