suria

Miliki dua jam tangan Rolex, pegawai kanan polis disiasat Bukit Aman

Jam tangan Rolex merupakan jenama mewah. -Gambar hiasan The Star/Muhamad Shahril Rosli

SIASATAN dalaman polis telah dilancarkan selepas seorang pegawai polis mampu membeli dua jam tangan mewah jenama Rolex.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Azri Ahmad mengesahkan siasatan telah dimulakan.

“Siasatan awal mengesahkan kedua-dua jam tangan itu dibeli menggunakan wang pemberian ibu dan arwah bapanya yang merupakan ahli perniagaan berjaya.

“JIPS akan meneruskan siasatan dari beberapa sudut,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Pada 12 Oktober lalu, isteri pegawai polis bergelar Datuk didakwa di Mahkamah Majistret kerana mencuri dua jam tangan mewah daripada suaminya di sebuah rumah di Pinggiran Rapat Ria di Ipoh dua tahun lalu.

Datuk Mou Ei Leen @ Eileen Mou mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan dibacakan di hadapan Majistret Siti Nora Sharif ketika itu.

Mou didakwa telah mencuri Rolex Sky-Dweller (Model 326135) dan Rolex GMT Master-II (Model 116718 LN) pada Januari 2021.

Peguam Mou, Gurbachan Singh berkata, anak guamnya telah berpisah dengan suaminya selama dua tahun tetapi pasangan itu tidak bercerai. - The Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain