Sebahagian mangsa penyeludupan manusia berjaya diselamatkan. -Foto Kementerian Dalam Negeri Peru/AFP/Getty Images
MANGSA sindiket Macau Scam yang terdiri daripada 43 rakyat Malaysia berjaya diselamatkan selepas dipercayai dilarikan ke negara Amerika Selatan, Peru. Semua mangsa terbabit dipercayai merupakan mangsa penyeludupan manusia dan berjaya diselamatkan pihak polis republik itu dalam satu serbuan di sekitar kota raya Lima yang juga ibu negara republik itu. "Menurut Kedutaan Besar Malaysia di Lima, pihak polis Peru mengadakan satu serbuan di sebuah rumah di La Molina, yang mana semua mangsa warganegara Malaysia terbabit sudah dikenal pasti dan diselamatkan. "Pihak Kedutaan Besar Malaysia di Lima sudah melakukan lawatan konsular ke atas semua mangsa dan mendapati mereka berada dalam keadaan baik," kata Kementerian Luar dalam satu kenyataan. Menurut kenyataan itu, semua 43 mangsa sudah selesai menjalani proses siasatan dan dijangka dihantar pulang dalam masa terdekat. "Kedutaan Besar Malaysia di Lima akan terus berhubung dengan pihak berkuasa tempatan mengenai kes ini dan akan menghulurkan bantuan konsular sewajarnya kepada semua mangsa," tambahnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube