suria

Sanusi mengaku tidak bersalah atas tuduhan hasutan

Sanusi tiba di Mahkamah Sesyen Selayang. -Gambar FAIHAN GHANI / The Star

DIKEMASKINI

DATUK Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan di bawah Akta Hasutan di Mahkamah Sesyen Selayang, pada Selasa.

Mengikut pertuduhan pertama, Menteri besar Kedah itu didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan yang boleh mencetuskan ketidaksetiaan kepada Raja-raja.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Simpang 4, Taman Selayang Mutiara pada jam 11 malam, 11 Julai lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Sanusi ditahan 3 pagi, akan didakwa di mahkamah

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Hasutan 1948 yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Muhammad Sanusi mengaku tidak bersalah di hadapan hakim Mahkamah Sesyen, Nor Rajiah Mat Zin.

Mahkamah membenarkan Muhammad Sanusi diikat jamin dengan wang jaminan masing-masing sebanyak RM5,000 dan memerintahkan beliau tidak mengeluarkan komen mengenai kes ini sehingga kes selesai.

Di Mahkamah Sesyen seterusnya, Muhammad Sanusi mengaku tidak bersalah atas satu lagi pertuduhan serupa di bawah Akta yang sama, yang didakwa dilakukan di tempat dan masa yang sama.

Beliau dalam ucapannya didakwa mempertikaikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung penubuhan Kerajaan Perpaduan.

Nor Rajiah dan Hakim Osman Affendi Mohd Shalleh kemudian membenarkan Muhammad Sanusi diikat jamin dengan wang jaminan masing-masing sebanyak RM5,000 dan memerintahkan beliau tidak mengeluarkan komen mengenai kes ini sehingga kes selesai.

Kedua-dua mahkamah itu kemudian menetapkan 4 Oktober ini bagi tarikh sebutan untuk kedua-dua pertuduhan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain