suria

Paip pecah: Bekalan air di Klang, Shah Alam pulih 34.6 peratus

Lebih 50 kawasan di Klang dan Shah Alam berdepan gangguan air.

STATUS pemulihan bekalan air di 55 kawasan di Shah Alam dan Klang yang terjejas susulan kerja-kerja pembaikan paip pecah di Taman Mutiara Bukit Raja 2, Klang mencapai 34.6 peratus setakat 6 petang Sabtu.

Menerusi kenyataan Facebook, Air Selangor berkata bekalan air akan mula disalurkan kepada pengguna secara berperingkat selepas sistem bekalan air stabil.

Ia dijangka pulih sepenuhnya pada 6 pagi 26 Mac, bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna.

ARTIKEL BERKAITAN: Dugaan bulan Ramadan... Lebih 50 kawasan di Klang, Shah Alam alami gangguan air

“Air Selangor ingin menasihatkan pengguna supaya membiarkan paip mengalir sehingga air jernih sebelum menggunakannya untuk kegunaan harian.

"Air Selangor berharap pengguna yang menerima bekalan air menggunakan air secara berhemah bagi memastikan proses pemulihan bekalan di kawasan terjejas berjalan lancar seperti yang dijadualkan," demikian menurut kenyataan itu.

Pelabuhan Utara, Klang Utama, Glenmarie Cove, Jalan Pelabuhan Utara dan Bandar Sultan Sulaiman antara kawasan-kawasan masih belum pulih setakat 25 Mac pada jam 7 malam.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain