suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kondominium penuh bangkai, daging kucing dikisar dan organ diawet! Polis cari suspek lelaki tempatan

Lelaki tempatan ini menemui bangkai haiwan di sebuah kediaman di Cheras.

SUSULAN penemuan puluhan rangka, organ dan bangkai haiwan dipercayai kucing di sebuah kondominium di Bandar Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur minggu lalu, polis mula mengesan individu yang bertanggungjawab.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, pihaknya menjalankan siasatan mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan.

"Kertas siasatan sudah dibuka dan identiti suspek masih dalam siasatan," katanya ringkas dalam kenyataan pada Sabtu.

Terdahulu Persatuan Haiwan Malaysia menggesa polis dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) menjalankan siasatan menyeluruh berhubung penemuan itu.

Penemuan daging kucing dikisar dan organ diawet.

Penganalisa Jenayah Haiwan yang juga Presiden Persatuan Haiwan Malaysia, Arie Dwi Andika berkata penemuan itu susulan aduan daripada jiran mengenai bau busuk yang datang dari rumah berkenaan.

Pemilik kediaman yang dihubungi kemudian melakukan pemeriksaan di rumahnya yang disewa kepada seorang lelaki tempatan berusia 30-an pada 11 Mac lalu terkejut mendapati berpuluh rangka haiwan di dalam premis terbabit.

Perkongsian di halaman Facebook Persatuan Haiwan Malaysia menunjukkan ruangan lantai rumah tersebut dipenuhi dengan serpihan tulang.

Didakwa, terdapat juga daging yang dikisar disyaki adalah kucing kelihatan hancur dimasukkan ke dalam sebuah baldi.

Malah, organ haiwan juga dijumpai diawet dalam bekas simpanan plastik.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain