suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kepala kanak-kanak mangsa dera dihentak objek tumpul dan keras, doktor jumpa kesan calar, gigitan di badan

Kanak-kanak malang ini meninggal dunia pada kira-kira pukul 6.40 petang Isnin di HSI.

HENTAKAN di kepala dengan objek tumpul dan keras menjadi punca kematian kanak-kanak berusia empat tahun dipercayai didera di Senggarang, Batu Pahat, Johor pada Isnin lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata punca kematian itu diperoleh hasil daripada proses bedah siasat ke atas budak itu yang dilakukan oleh pakar Hospital Sultan Ismail (HSI).

“Hentakan tersebut menyebabkan kecederaan serius sehingga membawa maut. Terdapat juga kesan calar dan kesan gigitan pada badan kanak-kanak itu.

“Siasatan akan diteruskan sementara kita menunggu laporan bedah siasat penuh,” katanya selepas majlis penutupan program Kor Sukarelawan (Suksis) Polis Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) di Ibu Pejabat Polis Johor pada Khamis.

Laporan pada Selasa menyatakan bahawa kanak-kanak lelaki berusia empat tahun di Batu Pahat meninggal dunia akibat didera secara fizikal ketika dalam jagaan penjaga dan kakaknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kes dera: Budak 4 tahun maut ada kesan cucuh besi panas di seluruh badan, termasuk kemaluan

ARTIKEL BERKAITAN: Kanak-kanak lelaki maut didera lima rakan kakak

Polis mengetahui perkara itu apabila seorang lelaki berusia 23 tahun membuat laporan kira-kira pukul 6.45 petang pada 23 Disember lalu.

Susulan laporan itu polis menahan lima orang suspek termasuk kakak mangsa berusia 19 tahun dan suaminya berusia 37 tahun mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Kanak-kanak malang itu meninggal dunia pada kira-kira pukul 6.40 petang Isnin di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultan Ismail. - The Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia