suria

LRT Kelana Jaya kembali beroperasi esok

Datuk Seri Dr Wee Ka Siong mengumumkan pembukaan semula LRT Kelana Jaya.

LRT Kelana Jaya akan kembali melalui kesemua 37 stesen bermula 6 pagi Isnin (14 November) selepas lima hari penutupan bermula minggu lepas yang melibatkan 16 stesen dari Kelana Jaya ke Ampang Park.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada petang Ahad, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata beliau telah membuat ujian perjalanan untuk memastikan segalanya berjalan lancar.

Prosedur tersebut merupakan sebahagian dari penilaian komprehensif yang melihat kepada semua parameter terutamanya kestabilan isyarat ketika gerabak memasuki dan berlepas dari Kelana Jaya ke Ampang Park.

"Saya telah dimaklumkan oleh pihak pengurusan Rapid Rail bahawa ujian intensif telah dilaksanakan ke atas 38 tren dari Gombak ke Putra Heights.

"Ini bagi memastikan laluan Kelana Jaya selamat untuk dibuka semula kepada orang awam. Ujian itu telah dipantau oleh Bahagian Penguatkuasaan Rel (RED) dan Bahagian Perancangan Rel (REL), Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).

"Saya amat berpuas hati dengan analisa ke atas ujian meluas yang dijalankan," tambahnya.

Wee juga telah meminta Prasarana untuk menyediakan bas-bas perantara di stesen-stesen 'hot spot' sebagai langkah persediaan jika ada sebarang isu yang timbul.

Beliau sempat mengucapkan terima kasih kepada semua jurutera Rapid Rail dan pihak yang terbabit dalam pemulihan semula LRT Laluan Kelana Jaya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain